29May

Apple Sedang Menguji MacBook Air Dengan A5?

Apple

Kini beberapa ura-ura memperkatakan yang mana berkemungkinan besar, Apple kelak akan memperkenalkan MacBook Air mereka bersama-sama dengan cip pemprosesan A5 daripada mereka sendiri, yang mana pada masa sekarang ini digunakan pada iPad 2.

Ianya diperkatakan yang mana Apple kini sedang bereksperimen dan menguji MacBook Air model baru bersama-sama sokongan Thunderbolt yang mana menggunakan cip A5 padanya. Ianya juga turut diperkatakan yang mana prestasinya juga amat membanggakan dan lebih bagus daripada apa yang dijangkakan oleh semua.

Sebelum ini, ianya telah diperkatakan yang mana Apple bakal memperkenalkan MacBook Air yang baru mereka pada bulan Jun atau Julai ini, yang mana bakal membawakan sokongan Thunderbolt dan juga cip Intel Sandy Bridge. Jadi, mungkinkah Apple mengubah Intel Sandy Bridge dengan cip A5 daripada mereka sendiri, ataupun ianya hanya sekadar ujian sahaja buat masa ini.


Kemaskini Mac OS X Anda Kepada 10.6.2
iPhone 4 Kini Di Apple Store Malaysia
DiGi Bakal Melancarkan iPhone 4 Lebih Awal
DiGi Turut Sama Mengeluarkan Mesej Akan Datang Untuk iPhone 4S
Apple Mengambil-Alih Perkhidmatan Carian Aplikasi - Chomp

1 Komen

  1. ekspresiruang pada 29 May 2011

    baguslah. dh lama diorang xkluarkan model baru macbook air. klu btol, mesti design lebih sleek dr yg ada skg


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader