04May

BlackBerry Messenger Baru Bakal Mengintegrasikan Fungsi Sosial FourSquare

Perisian, Web 2.0

Selain daripada memperlihatkan aplikasi Android pada BlackBerry PlayBook, dan juga pengumuman kerjasama bersama-sama dengan pihak Microsoft, RIM juga telah mengumumkan yang mana mereka kelak akan menyertakan sokongan FourSquare, iaitu laman sosial berasaskan lokasi yang popular itu pada versi akan datang BlackBerry Messenger.

Dengan pengintegrasian FourSquare pada khidmat mesej percuma yang disediakan pada BlackBerry itu, ianya akan membolehkan para pengguna untuk berkongsi pelbagai perkara berkaitan FourSquare secara terus melalui BBM. Salah satunya adalah kebolehan untuk memperlihatkan maklumat lokasi yang anda daftar-masuk itu pada status BBM. Selain daripada itu, beberapa fungsi FourSquare lain juga dijangka akan turut sama diintegrasikan pada BBM.

Buat masa ini, RIM tidak memberikan sebarang tarikh pelancaran untuk BlackBerry Messenger versi baru ini, namun ianya dijangka akan dilancarkan pada tahun ini, dan mungkin bersama-sama dengan BlackBerry OS 7 kelak.


Facebook Membeli Divvyshot
Twitter Turut Mengeluarkan Laporan Tahunan Mereka
FeedGeorge Kini Memperlihatkan Data Dari Groupon Malaysia
Sasaran Pengeluaran Dan Jualan Peranti RIM Suku Tahun Lepas Tidak Mencapai Sasaran?
Waze 3.0 Akan Hadir Ke Android Tidak Lama Lagi

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader