Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Dengan angka laman-laman berita yang semakin bertambah di internet, kini laman BeritaMY.com dilancarkan yang mana merupakan salah satu laman aggregator berita-berita tempatan. Ianya masih lagi baru, dan mungkin dalam pembangunan lagi buat masa ini, membawakan rekabentuk yang amat minimalis sekali buat masa ini.
Buat masa ini, BeritaMY memperlihatkan berita-berita terkini daripada pelbagai sumber dalam bentuk yang amat ringkas sekali, dengan sebuah pautan khas pada penghujung setiap berita, membolehkan para pembaca membacanya dengan lebih lanjut dilaman asal berita tersebut.
Selain daripada itu, ianya turut sama menyediakan fungsi API, membolehkan para pembangun yang berminat merujuk laman tersebut dalam membangunkan aplikasi mereka. Mungkin versi mudah-alih akan diperkenalkan juga tidak lama lagi.
7 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Ngapelah gomen jual domain .my dgn .com.my mahal sgt ? Sampai beritamy pun beli .com
mungkin ada sesiapa nak sedekah .my boleh je
pelik domain
minimalist? i loike! ;P
kalau sesiapa sudi nk sedekah design, roger aku kat aizuddinmanap a.t gmail k
Mmg simple sgt site ni.
ok dah. cume, tulisan dia terlalu kecil. dan kadang2 bila baca rasa macam kurang menarik. tajuk antara tajuk dekatg sangat.