Cari @ Amanz

Setelah mengumumkan mengenai panggilan video pada BlackBerry PlayBook, serta memperkenalkan BlackBerry Bold 9900 dan juga BlackBerry OS 7, hari ini, pada BlackBerry World 2011, RIM terus memperlihatkan pelbagai perkara baru, termasuk mana mengumumkan pengintegrasian bersama-sama dengan Bing daripada Microsoft.

Perkara tersebut diumumkan oleh Steve Ballmer, dimana beliau memperkatakan yang mana peranti BlackBerry akan datang kelak akan menggunakan Bing sebagai enjin carian utamanya. Selain daripada itu, Bing Maps juga turut sama akan digunakan sebagai aplikasi peta utama pada BlackBerry.

Pada masa yang sama, Steve Ballmer turut mengumumkan yang mana Microsoft akan melabur secara unik pada platform BlackBerry. Buat masa ini, ianya tidak diketahui samaada integrasi bersama-sama Bing ini hanya akan diperkenalkan kepada para pengguna BlackBerry OS 7 dan seterusnya sahaja, ataupun samaada kemaskini untuk para pengguna BlackBerry sedia ada turut sama akan diperkenalkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd