13May

Blogger Tidak Boleh Diakses – Komen Dan Artikel Baru Hilang?

Google

Setelah sekian lama beroperasi tanpa sebarang gangguan, hari ini perkhidmatan hos percuma Blogger daripada Google dilihat tidak boleh diakses, sekaligus mengakibatkan kebanyakkan blog hanya boleh diakses untuk sekadar dibaca sahaja, dan beberapa artikel dan komen-komen baru tidak dapat dilihat buat sementara waktu ini.

Menurut Blogger, mereka kini sedang dalam usaha untuk memulihkannya, dan ianya dijangka akan beroperasi seperti sedia kala tidak lama lagi. Bagi para pengguna Blogger, anda boleh mengikuti pelbagai kemaskini semasa berkaitan perkara ini melalui Status Blogger ataupun akaun Twitter rasmi @Blogger, dan ketahui pelbagai kemaskini semasa berkaitan dengannya.


Thx for your reports. To fix issues stemming from our maintenance last night, @Blogger is going back into read-only mode. Updates to follow.less than a minute ago via web Favorite Retweet Reply


Chrome 2.0.172.2 Menyelesaikan Masalah Klik-Kanan
Adakah Chrome OS Bakal Saingi Windows 7?
Maxis Mulakan Pra-Daftar Untuk BlackBerry PlayBook
Google Bakal Memperkenalkan Sokongan Bantuan Suara Dikenali Google Assistant?
MapsTD Membolehkan Anda Bermain Tower Defense Pada Google Maps 8-bit

31 Komen

  1. haiqal pada 13 May 2011

    Mungkin google nak tukar dashboard blog kot.Entah ler.keh keh keh

    • Aman pada 13 May 2011

      diorang cakap masalah nie takde kena mengena dengan menda tue, walaupun mungkin juga salah satu faktornya.

    • Taufik Mansor pada 14 May 2011

      kalau google buang produk blogspot ni mesti ramai blogger yg putih mata… wakakakaka :D

  2. TeratoMan pada 13 May 2011

    Mungkin ada kaitan dengan PSN.

    Oh, jauh menyimpang.

  3. niq pada 13 May 2011

    tp kalau diorang upgrade..perhhhhh…mmg mabeles la…

  4. paeh pada 13 May 2011

    KEKEKEKEKE

  5. zool pada 13 May 2011

    Nak tukar interface kot.. Jangan lepas ni kena bayau sudahlah… huhu

  6. syafiq pada 13 May 2011

    jangan lupa backup
    jangan lupa google pernah terdelete gmail dengan banyak

    • asbahri pada 13 May 2011

      tp dia berjaya restore semua email daripada conventional backup (using tape) setelah semua digital backup semua hilang. sbb tu i trust google :-)

  7. Kujie pada 13 May 2011

    adeih… blog peribadi blogspot tu ade byk ‘luahan hati jiwa raga’ tak backup pun…

  8. mohadila pada 13 May 2011

    xleh marah kt google gak, sbb servis dia percuma, klo bbyar tue, klu ilang data mmg layak la nk marah2. apapun moga blogger.com kembali cam biasa….

    • Eddy pada 13 May 2011

      betul xle mara.. tp orang ramai kan hilang kepercayaan pada blogger.com

  9. ekspresiruang pada 13 May 2011

    rasanya haritu problemnya just pasal popular post. tak sangka lak meleret2 sampai lama mcm ni. riso gk. huhu.

  10. sazuwi pada 13 May 2011

    lamer gak diorg nak fix mender nie..

  11. Ali ridha pada 13 May 2011

    naik taraf versi baru ni.
    mungkin lebih senang
    nak berblog.

  12. aiez pada 13 May 2011

    sudah terasa kesannya,habis komen dekat blog hilang..artikel ok pulak..

  13. titan pada 13 May 2011

    hari ini tak leh komen cam biasa. haha

  14. funzool pada 13 May 2011

    gunalah hosting sendiri. hahaha. kalau down, bole marah kat provider. tapi kalau down jgk, mmg down motivasi diri :D

    • Syafiq Zainal pada 14 May 2011

      Setuju. Kalau guna host sendiri if down ada tempat nk ngadu. Kalau blogger.com mmg x ley wat pe dah melainkan duduk melihat langit :)

  15. muhian pada 13 May 2011

    oh patut la kenapa artikel aku hilang..aku ingat kene hack ke apa.haha.
    Aku perasan aku tak boleh login sejak semalam..Tgh malam tadi baru boleh update blog.
    Skang hilang artikel baru aku.huhu.Harap google fix dgn segera.

  16. Megat Azfar pada 13 May 2011

    Sampai entri dan komen terbaru pun hilang, aku rasa dia lupa buat backup kot baru tuh. nasib tak upload entri baru. HAHA.

  17. daus pada 13 May 2011

    logo blogger pun dan mcm berubah skit

  18. Yaaser pada 13 May 2011

    Patut la. Baru nak update blog tadi.

  19. faeez faster pada 13 May 2011

    fuh~ nasib baek aku wordpress user~ ^.^”

  20. Eriyza pada 14 May 2011

    Sejak menggunakan Blogspot hampir
    7 tahun lalu, perkara seumpama ini
    jarang berlaku. Biasalah tu, setiap
    ciptaan manusia tidak pernah sempurna.

  21. Technology Blog pada 14 May 2011

    hehehe.. blogspot sedang maintenance dari google
    bisa di cek infonya dengan klik “Blogger Status”

  22. huhuhu.. pada 15 May 2011

    orang mesia jer banyak guner blogspot nie.. kat US and Europe sume dah gune wordpress…

    wordpress free gak… lagi best..

  23. titan pada 16 May 2011

    dah ok balik..dah happy dah diorang semua..hehe

  24. Arafa pada 16 May 2011

    dah ok, tp ari tu ak install theme baru..
    skang balik ke theme lama..
    :(

  25. Khai pada 18 May 2011

    Pengajaran kepada pengguna tegar blogspot untuk beralih ke self-hosted..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader