19May

Carian Sosial Google Kini Diperkenalkan Secara Global

Google

Google akhirnya telah pun mula memperkenalkan fungsi carian sosial mereka kepada seluruh dunia, dimana kini ianya bukan sahaja hanya terdapat pada domain Google.com, tetapi pada pelbagai domain-domain negara seluruh dunia, dan pada banyak bahasa lagi. Sebelum ini, fungsi ini diperkenalkan sebagai fungsi eksperimental pada tahun 2009.

Dalam membangunkan carian sosial pada enjin carian mereka, Google menggunakan data awam daripada pelbagai sumber, termasuk dari Google Reader, GMail, Twitter, dan juga Flickr. Dengan ini, ianya dapat memperlihatkan hasil carian yang lebih relevan dan mengikut citarasa para pengguna dan rakan-rakan terdekat mereka.

Sebelum ini, pada awal minggu ini, Microsoft telah pun memperkenalkan fungsi yang lebih kurang serupa pada enjin carian Bing, dimana data-data sosial diambil daripada laman sosial Facebook, dan mempersembahkannya pada carian yang dilakukan oleh para pengguna.


Similar Images : Carian Imej Di Google Makin Menarik
Priority Inbox Diperkenalkan Untuk Perantian Mudah-Alih
Carian Google Malaysia Turut Memperlihatkan Data Panggung Dan Masa Tayangan
Laman Android.com Diberikan Nafas Baru - Kini, Lebih Memfokuskan Pengguna
Sokongan Google Maps Di Dalam Bangunan Di Perkenalkan

2 Komen

  1. Orang Akaun pada 20 May 2011

    kena re-re-resetting privacy policy laa…

  2. hamdan pada 30 Mar 2012

    Dunia tanpa sempadan dengan google..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader