05May

Celcom Memperkenalkan Pelan iPhone Untuk Individu

Apple, Telekomunikasi

Seperti mana yang dinantikan, hari ini Celcom telah pun melancarkan pelan individu untuk iPhone 4 yang ditawarkan mereka. Secara kasarnya, tiada sebarang perubahan drastik padanya, namun begitu, pengumuman pelan iPhone 4 ini diperkenalkan bersama-sama dengan iPhone 4 Putih yang mana para pengguna boleh mendapatkannya melalui Celcom.

Pelan yang ditawarkan oleh Celcom tidak membawakan sebarang perbezaan drastik, dan menawarkan harga yang lebih kurang serupa bersama-sama dengan Celcom Biz seperti sebelum ini. Walaubagaimanapun, menariknya adalah dimana Celcom menawarkan perlindungan insuran untuk peranti iPhone yang dibeli melalui mereka.

Bagi mereka yang berminat, anda sudah boleh mendapatkannya melalui Celcom bermula hari ini, dan untuk maklumat lanjut mengenainya, anda boleh merujuk ke halaman iPhone di laman rasmi Celcom.


Apple Memperkenalkan Keluarga Baru MacBook Pro
Maxis Membawakan Kandungan Internet Ke TV Melalui Maxis Home
Mac Kini Meliputi Sebanyak 5% Daripada Pasaran PC Global
TM Mengumumkan Gangguan Perkhidmatan Di Kota Bharu, Kelantan
DiGi Memulakan Pendaftaran Minat Untuk iPhone 4S

9 Komen

  1. Finalcross pada 05 May 2011

    serius lagi murah drp pelan Maxis yg mengarut tu. Abis je kontrak pelan Maxis,confirm trus potong,amik pelan Celcom ni. Makin menyampah dengan cas2 melampau. syabas Celcom!

  2. Ikhwan pada 05 May 2011

    Ada siapa2 yang nak pelan tapi tak nak iPhone?

    • tekong pada 06 May 2011

      macam nak. eh aku pun ikhwan la hehe

  3. budakudm pada 05 May 2011

    mana lebih murah compare ngan digi?

  4. Jijie pada 05 May 2011

    digi lagi best… berbaloi-baloi…

    • ali pada 05 May 2011

      digi ok la jgak… tp.. coverage 3g kureng skit la… kat bandar besar ja ada..

  5. ayi pada 05 May 2011

    x paham le carta plan celcom tu..first kena bayar tuk fond dgn line bape kena bayar???

    • Ikhwan pada 05 May 2011

      Contoh :

      Pilih pelan Celcom Exec i98 untuk 12 bulan.
      Bayar RM1738 (iPhone 4 & upfront payment) + RM98 setiap bulan.

  6. Ali ridha pada 05 May 2011

    Tunggu iphone 5 dulu la.
    blackberry pun belum habis
    nak guna.malas nak keluar
    duit dah.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader