Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah tiada sebarang perubahan antaramuka pada pelayar web Chrome untuk beberapa versi, kini nampaknya Google Chrome 13 kelak akan membawakan beberapa perubahan daripada rekabentuk dan antaramukanya. Salah satu perkara yang dapat dilihat melalui versi pembangunan Chromium adalah fungsi navigasi yang lebih kompak lagi berbanding sebelumnya.

Melaluinya, tetingkap pelayar web Chromium dijadikan amat minimal, sekaligus menjadikan ruangan untuk melayari web lebih luas daripada pelbagai pelayar web yang lain. Untuk melihat URL sesuatu web, para pengguna perlu klik pada tabnya terlebih dahulu, dan baru dapat melihatnya berbanding sekarang ini yang kelihatan sepenuhnya.
Namun begitu, fungsi ini hanya diaktifkan sekiranya para pengguna memilih tetapan untuk menyembunyikan toolbar sahaja, dan secara asasnya, segala rekabentuk kelihatan seperti asal tanpa sebarang perubahan. Walaupun fungsi ini mungkin tidak begitu menarik untuk para pengguna desktop dan notebook, ianya mungkin akan serba sebanyak disukai oleh para pengguna tablet. Namun, ianya masih tidak diketahui bilakah versi tablet untuk Chrome akan diperkenalkan
7 Komen
Tinggalkan Komen Anda
i like google chrome~
ya fungsi ini sangat sesuai utk melayari web2 yg meletakkan deretan banner iklan sampai nak tgk entry dia kena scroll tak hengat..
comel la pulak aku nengok …. huhuhuhu
Last-last nanti terus pihak Chromium bt full screen browsing.Lg byk ruang screen yg nak bace dan akan memudahkan penggunanya.
apa susah tekan F11 dapat ler fullscreen hehe..
kat mana nak enable fingsi ni bro.. tak jumpa pun..aku dah install chromium 13
gi kat about:flags, enable kat sana.