24May

CIMBClicks Memperkenalkan Ciri Sekuriti Tambahan

Sekuriti, Web 2.0

Dengan pelbagai pencerobohan sekuriti yang dilaporkan akhir-akhir ini, kini CIMBClicks memperkenalkan salah satu fungsi sekuriti tambahan baru, dipanggil sebagai SecureWord, selain turut sama membolehkan para pengguna mendapatkan TAC dalam beberapa lagi cara yang berbeza berbanding sebelum ini.

Melalui SecureWord, anda akan diminta untuk memasukkan suatu perkataan khas,dengan kurang daripada 10 huruf, dan setiap kali anda memasuki laman CIMBClicks selepas itu, anda akan diperlihatkan dengan perkataan itu, sekaligus mengesahkan yang mana anda berada di laman yang benar.

Selain daripada itu, kini CIMBClicks juga memperkenalkan beberapa cara baru mendapatkan TAC, iaitu selain daripada melalui SMS seperti biasa, para pengguna juga boleh mendapatkannya melalui suatu aplikasi khas yang dipasang pada peranti mereka, ataupun mendapatkan sebuah peranti khas untuk TAC, sekaligus tidak lagi memerlukan anda menunggu TAC seperti sebelumnya.

Mungkin beberapa lagi penambahan baru turut sama akan dibawakan dari semasa ke semasa dalam memastikan para pengguna sentiasa selamat dan tidak tertipu oleh pihak ketiga, dan juga laman-laman berbentuk phishing yang semakin berleluasa buat masa ini.


Exabytes Memperkenalkan Rekabentuk Baru
WordPress.com Memperkenalkan Widget Langganan Blog
Fungsi SlideShow Pada Facebook Di Uji
Twitter Turut Mengeluarkan Laporan Tahunan Mereka
Google Dan Innity Menjadi Media Digital Pilihan Dikalangan Pemasar Dan Pengiklan Tempatan

10 Komen

  1. faiz pada 24 May 2011

    Haritu masa dia tengah update sistem baru ni, ada masalah dengan online transaction ngan sistem sedia ada. Jadi haritu ada call dia memang ada beberapa masalah masa tu. Tapi tak tahu la skang ada lagi ke tak. Cuma dia cadangkan kalau ada apa-apa masalah, lebih elok guna IE. Beberapa hari yang lepas dah testing buat transaction pakai browser lain so mungkin problem dia da resolve kot :)

  2. Eichikatsu pada 24 May 2011

    Dah ok, td aku pkai Chrome ok je..he³ :)

  3. ekspresiruang pada 24 May 2011

    rasanya kalau bab transaction online ni, better pakai IE. apa2 pon pasti address tu kekal https bukan http

    • hehe pada 24 May 2011

      hehe, pakai IE? let me think thrice twice.

    • Syafiq Zainal pada 24 May 2011

      Agree with you bro. IE sucks tpi perbankan better guna IE. NO question.

  4. sankai pada 24 May 2011

    TAC on device tu macam best. kalau sms ni, kadang sms tu lambat sampai. cuma masalah dengan TAC on device ni kena jaga betul2 la..ehehhe.

  5. din je pada 24 May 2011

    macam mana nk dptkan tag device tuh?

  6. Affan pada 24 May 2011

    yang applikasi tu teratotech buat ek?
    tadi baru g web teratotech, tgk apps yang diorang create. mantap2

  7. Abang Lie pada 24 May 2011

    rasa mcm lambat load bila features ni ada.

  8. MuJE pada 27 May 2011

    aku menyesal dengan security keyword aku.. tak tahu pulak tiap kali nak login die akan show benda tu so letak perkataan main-main je la.. T.T


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader