01May

DealMates Mencapai Lebih 100,000 Orang Pengguna Berdaftar

Web 2.0

Selain daripada Groupon Malaysia dan juga MyDeals, salah satu laman diskaun berkumpulan yang meningkat naik dengan pantasnya adalah Dealmates. Kini dengan hanya tiga bulan beroperasi, DealMates telah pun mencapai lebih daripada 100,000 orang pengguna yang berdaftar dengan perkhidmatan mereka, menjadikannya salah satu perkhidmatan yang meningkat naik dengan pantas.

DealMates merupakan salah satu laman yang dibangunkan oleh Catcha Group, dan telah menggunakan salah satu kaedah pemasaran yang menarik untuk menarik para pengguna berdaftar dengan mereka, iaitu dengan memberikan barangan dan gajet-gajet menarik secara percuma melalui laman mereka.

Sebelum ini, Groupon Malaysia sendiri mengambil masa lebih kurang 6 bulan untuk mencapai bilangan pengguna seramai 100,000 orang. Namun begitu, angka tersebut dapat dicapai oleh DealMates dengan hanya 3 bulan operasi.

Nampaknya sepanjang tahun ini, kita mungkin akan dapat melihat persaingan sihat antara para penyedia laman diskaun berkumpulan di Malaysia, selain beberapa laman yang sudah pun mula menghentikan perkhidmatan mereka disebabkan gagal mencapai apa yang diingini oleh para pengguna.


Ikuti Anugerah Skrin Melalui Twitter
Cisco Mungkin Akan Mengambil Alih Skype?
Twitter Menguji Tweet Iklan Pada Timeline Dengan Lebih Meluas
iBilik Menerima Suntikan Dana Dari Cystal Horse Investments
Instagram Untuk Pengguna Android Kini Dalam Proses Pembangunan

3 Komen

  1. ekspresiruang pada 01 May 2011

    naik cepat pon kena berhati-hati gak. servis kepada pelanggan perlu diberi keutamaan, jgn sekadar mengejar keuntungan semata-mata. nnt turun pon cepat :)

  2. nizamghazi pada 01 May 2011

    Hanya berdaftar (:

  3. izzatruslan pada 02 May 2011

    laju sebab dorang selalu buat lucky draw..tu yang cepat naik tu..huhu…10000 orang, untuk seorang..hahaha :D marketing dorang memang bagus la..servis tak tahu nak cakap, baru penah beli sekali je..dan tidak mengecewakan..hehe


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader