19May

Dua Syarikat Tempatan Mara Ke Echelon 2011

Lain-lain, Web 2.0

Setelah diadakan peringkat saringan dibeberapa negara sekitar Asia, kini 11 syarikat dengan produk dan perkhidmatan yang menarik telah pun dipilih untuk menyertai Echelon 2011 yang bakal diadakan pada bulan Jun kelak. Menariknya, daripada lebih 100 syarikat yang menghantar penyertaan, lebih 40 syarikat terpilih untuk mempersembahkan produk mereka, dan 11 syarikat terpilih ke peringkat akhir, dan dua daripadanya adalah dari Malaysia.

Dua daripada produk yang dihasilkan oleh pembangun Malaysia adalah Second CRM dan juga WorkCrowd. Secara ringkasnya, Second CRM merupakan salah satu aplikasi yang mana menyediakan beberapa perkara dalam menangani isu hubungan bersama-sama pelanggan, termasuk menyediakan beberapa perkara yang meliputi operasi perniagaan, termasuk jualan, pemasaran, khidmat sokongan dan sebagainya. Dengan menggunakan Second CRM juga, ianya diperkatakan yang mana serba sebanyak dapat menjimatkan kos operasi, pada masa yang sama menjaga hubungan dengan pelanggan.

Manakala WorkCrowd pula merupakan salah satu platform sosial yang mana dibangunkan khas untuk merapatkan hubungan antara pekerja disesuatu tempat kerja. Ianya sekaligus menjadikan persekitaran disesebuah tempat kerja itu lebih sosial, selain membolehkan setiap seorang mengenali rakan sekerja mereka dengan lebih rapat lagi.

Selain daripada dua syarikat ini, lebih 9 syarikat daripada beberapa negara Asia yang lain turut serta akan menyertai Echelon 2011 pada bulan Jun kelak.


Twitter Memulakan Tahun Baru Dengan Rekod Yang Baru
Tiga Tiket Joomla! Day Untuk Diberikan Kepada Pembaca Bertuah Amanz
Twitter Mengemaskini Twitter.com - Menambah Tab Activity
Facebook Menambah Beberapa Perkara Baru Pada Facebook Games
Gambar Yang Dipadam Lebih 3 Tahun Pada Facebook, Masih Boleh Diakses

4 Komen

  1. Razak Muhaimin pada 19 May 2011

    Terbaiklah Malaysia. Semoga dipermudahkan segala-galanya di sana. Insya Allah.

  2. Roslan Nazri pada 19 May 2011

    igt echofon punyer adik beradik.. lol..

  3. Sabahan Bloggers Club pada 19 May 2011

    Tahniah kepada kedua-dua syarikat dan semoga mereka berjaya…. :)

  4. paghok pada 19 May 2011

    Tahniah!!!tapi jangan lupa pesan Prasad….


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader