17May

Eksklusif : TM Bakal Memperkenalkan Google Maps Untuk Perniagaan

Telekomunikasi, Web 2.0

Kini, kami mendengar daripada beberapa sumber memperkatakan yang mana Telekom Malaysia bakal melancarkan perkhidmatan pemetaan atas talian seumpama Google Maps mereka sendiri tidak lama lagi, yang mana akan memfokuskan para pengguna perniagaan. Ianya dijangka yang mana perkhidmatan ini kelak akan dikenali sebagai BizMap, dan menggunakan domain BizMap.com.my.

Buat masa ini, info berkaitan perkhidmatan baru daripada Telekom Malaysia ini masih samar-samar lagi. Namun begitu, menurut beberapa sumber, ianya bakal mengabungkan kerjasama Telekom Malaysia bersama-sama dengan pihak Jabatan Perangkaan Negara, sekaligus memberikan data yang lebih tepat mengenai sesuatu kawasan ataupun penduduk disekitarnya melalui suatu peta yang menarik kepada para pengguna perniagaan, dan mungkin juga akan dikenakan sebuah caj untuk para pengguna perniagaan untuk mengakses beberapa data tambahan.

Perkara ini kami masih lagi belum mengesahkannya dengan pihak TM. Namun begitu, memandangkan TM telah pun memegang nama domain BizMap.com.my dan juga BizMap.my, mungkin perkhidmatan ini bakal dilancarkan tidak lama lagi.


Dapatkan Kemaskini Friendster Ke Telefon Bimbit Anda
Ticket Monster Mengambil-Alih Laman Tawaran Harian Everyday.com.my
Fungsi Facebook Timeline Mula Diperkenalkan Kepada Pengguna Secara Berperingkat
TableFour.Us Bakal Memperkenalkan Logo Baru Bersama Beberapa Fungsi Tambahan
Laman Negaraku.my Sedia Diuji Dalam Bentuk Beta Terbuka

7 Komen

  1. haiqal pada 17 May 2011

    Macam best.Tapi kenapa nak buat sedangkan ada google map?Maybe untuk lebih spesifik dan ada info syarikat kot.hehehe

    • Aman pada 17 May 2011

      buat masa nie, info pasal nie still tak banyak lagi. Still tengah kumpul info. Maybe gak TM guna Google Maps nyer API. Tak berapa pasti. :D

  2. Twit N View pada 17 May 2011

    google map + yellowpages = bizmap

    senang ler nak cari lokasi sykt dan penyedia perkhidmatan lepas ni.
    jgn lupa masukkan skali detail pasal public transport yg ada, yeler harga petrol kan bakal naik, jadi org akan guna kemudahan awam jer utk g mana2 lps ni.

    harap2 jd ler sebuah projek yg mudah dan senang digunakan.
    tak perlu terlampau complicated sgt gui nyer.

  3. ekspresiruang pada 17 May 2011

    TM mmg btol2 upgrade servis kaw2 punya. mcm2 perancangan diorang ada tahun ni. bgs la. yg penting pengguna untung

  4. delang pada 17 May 2011

    mungkin direktori perniagaan berdasarkan peta kot.
    baik guna google map API lagi senang :D

  5. Anzur Anuar pada 17 May 2011

    rajin betul hg bro menulis pasal benda2 ni. hoho.

  6. Shariman Johari pada 03 Aug 2011

    Peluang untuk integrate offline dan online makin terbuka luas la pasni…
    Senang sikit nak cari offline biz..Online marketer pun kalau bijak, boleh buat duit habis-habisan nih… =)


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader