Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Salah satu perkara yang sering dilaporkan oleh para pengguna Facebook akhir-akhir ini adalah dimana akaun mereka diambil-alih oleh pihak lain, dan pengguna asal menghadapi masalah untuk mengaksesnya, apatah lagi apabila terlupa alamat emel mereka. Untuk mengatasinya, kini Facebook memperkenalkan fungsi baru untuk memudahkan pengguna mendapatkan akses akaun mereka kembali dengan mudah.

Melalui fungsi terbaru ini, Facebook membolehkan para pengguna yang kehilangan akses ke Facebook dan emel untuk mendapatkan kembali kawalan akaun mereka dengan bergantung kepada rakan-rakan mereka. Melalui fungsi baru ini, Facebook akan memilih tiga orang rakan anda yang boleh dipercayai, dan seterusnya menghantarkan kod sekuriti kepada mereka, dimana kemudiannya, anda dikehendaki menghubungi ketiga-tiga rakan anda tersebut untuk mendapatkan kod tersebut, dan seterusnya mendapatkan kembali akses Facebook dengan mudah.

Selepas anda berjaya melakukan semuanya, anda dikehendaki menunggu sehingga 24 jam sebelum dapat mengakses akaun anda seperti biasa.
Walaubagaimanapun, fungsi ini juga mungkin akan menjadi salah satu perkara yang disalahgunakan oleh rakan-rakan anda yang lain, apatah lagi di Malaysia, para pengguna Facebook gemar menambah mereka-mereka yang tidak dikenali, dan hanya sekadar untuk menambah bilangan rakan-rakan mereka sahaja.
6 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Rasanya benda ni dah lama ada. Tapi tak pasti sangat camana dia fungsi. Biasanya benda ni wujud bila 2 opsyen lain x leh pakai.
Abang, Akak 1st, Akak 2nd cukup 3 orang tak yah pkai kawan haha
klau akaun aku kna hack. aku bleh hantar security code kat 3 akaun facebook aku yg lain
kena kautin dgn membe ni.hehe
Kalau ada adik beradik dalam senarai friend + ada akaun kedua ke, guna je yg tu sebagai pilihan kawan tu.
lepas ni create je la lagi 3 akaun palsu for this purpose and add “them” as your friend.
nanti tak perlu nak tanya2 member kakak adik nenek.