20May

Firefox 5 Beta Dalam Masa Kurang Seminggu

Perisian, Sumber Terbuka

Mozilla kini telah pun mengeluarkan kenyataan yang mana mereka akan melepaskan Firefox 5 Beta dalam masa beberapa hari. Seperti sedia maklum, sejak 17 Mei yang lepas, Mozilla telah pun memulakan pembangunan Firefox 5 Beta, dimana kini versi pembangunan beta sudah pun terdapat pada pelayan Mozilla dan boleh dimuat-turun.

Namun begitu, ianya bukanlah versi beta akhir, yang akan diperkenalkan oleh Mozilla tidak lama lagi. Buat masa ini, ianya tidak diketahui bilakah Firefox 5 Beta akan dikeluarkan, tetapi Mozilla mengesahkan yang mana versi stabil Firefox 5 kelak akan dilancarkan pada penghujung Jun kelak.

Selain daripada versi desktop, Mozilla juga dalam perancangan untuk melepaskan Firefox Mobile 5 Beta ataupun yang mana dikenali sebagai Fennec bersama-sama dengan versi desktop. Sama-sama kita nantikannya.


Rekod Dunia Firefox 3 Di Umum Secara Rasmi
VLC Media Player 0.9.4 Sedia Di Muat-Turun
Nokia Memberi Ovi Maps Secara Percuma
Apple Melancarkan iOS 4.3
Android-x86 RC Versi Android 4.0 Sedia Untuk Diuji Pada Netbook Anda

1 Komen

  1. Fikri Adhiey pada 20 May 2011

    huhu…gila lah firefox, tak sampai beberapa bulan lagi MF 4 dilancarkan….kini MF 5 plak….cepat giler mozilla ni……..tapi, aku still guna MF 3.6….haha

    mozilla the best. satu2nya browser mesra pengguna!!….luv mozilla firefox!!


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader