Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Selain daripada Firefox Mobile 5 Beta, Mozilla juga kini turut sama telah mengeluarkan Firefox 5 Beta untuk semua pengguna desktop untuk mengujinya terlebih dahulu sebelum versi stabilnya menyusul tidak lama lagi. Antara perkara baru, termasuklah fungsi mengubah saluran, peningkatan stabiliti dan prestasi, serta sokongan untuk animasi CSS yang baru.
Firefox 5 Beta ini merupakan beta pertama yang dikeluarkan mengikut latar masa pembangunan yang lebih pantas yang baru diperkenalkan berbanding sebelum ini yang mengambil masa yang agak lama. Sebelum ini, Firefox telah pun diperkenalkan saluran pembangunan harian, dan juga Aurora.
Firefox 5 dijangka akan dilepaskan sekitar pertengahan bulan Jun kelak, yang mana mungkin beberapa fungsi baru akan diperkenalkan padanya. Sementara itu, anda boleh memuat-turun versi beta ini dan mengujinya terlebih dahulu.
3 Komen
Tinggalkan Komen Anda
adakah ia menyokong addons yg sedia ada?
thanks.
dah try,
rasa mcm firefox ni berat sikit utk device yg RAM sikit..
dolphin mini gak best
Sedang test ialah nampaknya ia sangat berbeza dengan FF4, FF5 beta ini lebih pantas berbanding FF4 dengan samsung galaxy s ini. diharap FF akan menambah dan baik pulih supaya lebih hebat dan dengan pelbagai fungsi baru berbanding dengan browser2 yang sedia ada =) seperti opera dan dophin, tahniah SS dengan idea sync anda yg menarik