21May

Firefox Mobile 5 Beta Membawakan Lebih Kawalan Privasi

Perisian, Sumber Terbuka

Lebih pantas daripada versi desktop, Mozilla kini telah pun mengeluarkan Firefox Mobile 5 Beta, yang mana membawakan beberapa fungsi baru yang masih lagi dalam pembangunan kepada para pengguna Android, disamping pada masa yang sama mendapatkan maklumbalas terus daripada para pengguna.

Melalui Firefox Mobile 5 Beta ini, Mozilla membawakan salah satu fungsi popular pada desktop kepada para pengguna Android, iaitu fungsi Do Not Track, yang membolehkan para pengguna mengawal privasi mereka ketika melayari web dengan lebih menyeluruh lagi.

Firefox Mobile 5 Beta ini boleh digunakan oleh para pengguna Android 2.0 yang terkini, dan seperti sedia maklum, ianya boleh dijalankan bersama-sama dengan versi stabil Firefox 4.0 yang pernah dikeluarkan sebelum ini. Buat masa ini, ianya masih tidak diketahui bilakah versi beta untuk pengguna Maemo akan dikeluarkan, manakala pengguna Android boleh memuat-turunnya melalui Android Market dengan mudah.


Chrome Frame Kini Lebih Stabil dan Laju
RockMelt Beta 2 Membawakan Pelbagai Kemaskini
WordPress 3.2 Bakal Memperkenalkan Perubahan Pada Dashboard
Chromium 15 Memperlihatkan Sedikit Perubahan Pada Halaman Tab Baru
Chrome Terus Memperkukuhkan Kedudukan Di Malaysia Sepanjang Ogos Lepas

1 Komen

  1. Roslan Nazri pada 21 May 2011

    1 je aku lemah firefox mobile ni..tak support flash..lain2 ok dah…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader