18May

Flickr Memperkenalkan Rekabentuk Halaman Utama Yang Baru

Yahoo!

Setelah memperkenalkan beberapa fungsi baru, dan aplikasi untuk Windows 7 dan juga Windows Phone, kini Flickr terus membawakan perubahan pada halaman web mereka, dimana bermula hari ini, mereka telah pun memperkenalkan rekabentuk halaman baru mereka yang membawakan lebih banyak informasi berbanding sebelumnya.

Butang pendaftaran yang lebih besar juga turut sama diperkenalkan untuk menarik para pengguna menggunakan perkhidmatan mereka, selain mana turut sama menekankan yang mana mereka boleh turut menggunakan ID Google ataupun Facebook mereka.

Akhir-akhir ini, populariti Flickr seperti sedikit merudum, dengan lebih ramai pengguna yang mula menggunakan Picasa untuk menyimpan gambar, serta Vimeo dan YouTube untuk hos-kan video. Namun begitu, Flickr mempunyai komuniti jurugambar yang tersendiri, dalam menghasilkan gambar-gambar berkualiti tinggi padanya.


YM! 9.0 : Masalah Log Masuk Di Selesaikan
Yahoo! Calendar Mendapat Beberapa Fungsi Baru
Yahoo! Memperkenalkan Aplikasi Mudah Alih Serba Baru
Yahoo! Menyambut Ulang Tahun Komunikasi Dalam Talian
Kerjasama Yahoo!-Microsoft Mendapat Perkenan EU dan US

1 Komen

  1. Orang Akaun pada 19 May 2011

    aku pengguna flickr..bab image hosting aku rasa flickr x goyang..video maybe la..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader