Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah fungsi RSS pada halaman Facebook Pages hilang buat seketika, kini ianya kelihatan yang mana Facebook telah pun menyertakan kembali fungsi tersebut pada setiap halaman, membolehkan para pengguna melanggan RSS seperti sebelum-sebelum ini.

Walaupun pada masa kini, ramai yang mula melupakan RSS, ianya masih lagi digunakan dengan aktif oleh segelintir pengguna. Beberapa aplikasi seperti Google Reader dan sebagainya juga aktif digunakan oleh beberapa pengguna, memperlihatkan RSS adalah masih relevan walaupun ramai yang mengatakan sebaliknya.
Akhir-akhir ini, RSS tidak mendapat perhatian apabila lebih ramai beralih kepada laman-laman sosial, seperti Facebook dan Twitter untuk mengikuti pelbagai berita-berita semasa dan info terkini.
6 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Blog ini pun aku subscribe RSS… kalo nak tengok kat facebook wall susah lar sebab friends 1000++.. hahahaha
aku pon perasan
Aku pakai rockmelt so much better kalau ada RSS, cuma mmg tak pernah perasan facebook ada RSS..haha
Juga pengguna RSS di facebook. Kerap sangat ia bermasalah di FB
pasaipa ada orang yang melupakan rss?? aku rasa bagi blog yang bercerita tentang teknologi, artis tu sangat2 perlukan rss.. sekarang ni siap ada blogger yang tak tahu kegunaan feed..
Gua suka RSS. Mcm tradisional tpi masih relevan.