19May

Gartner : Android Mendahului Perlumbaan Telefon Pintar

Gajet, Lain-lain

Kini, Gartner telah pun mengeluarkan laporan jualan peranti mudah-alih mereka untuk suku pertama tahun 2011, yang mana memperlihatkan Android mendahului pesaing-pesaingnya yang lain dengan jualan lebih daripada 36.3 juta peranti. Selain daripada Android, peranti dengan iOS turut berkembang dengan pesat, selain mana Symbian, BlackBerry OS dan Windows Phone dilihat semakin kurang dibeli pengguna.

Namun begitu, apabila dilihat daripada syarikat individu yang menjual peranti mereka, ianya didahului oleh Nokia dengan lebih 107 juta unit terjual pada suku tahun pertama, dan diikuti oleh Samsung, LG dan Apple ditempat ke empat dengan lebih 16 juta peranti terjual sehingga kini.

Sebelum ini, Microsoft dan juga Nokia telah pun mengumumkan kerjasama, namun begitu, ianya dijangka hanya sekitar 2012 sahaja yang mana peranti Nokia menggunakan Windows Phone bakal dijual, dan mungkin statistik ini akan memperlihatkan perubahan besar padanya nanti.

Selain daripada itu, RIM juga kini seperti telah mengubah strategi dengan memperkenalkan lebih banyak peranti dengan lebih pantas. Symbian juga bakal menerima kemaskini tidak lama lagi dengan nama Symbian Anna, manakala iOS 5 dijangka akan diumumkan pada WWDC bulan hadapan, dengan Android Ice Cream Sandwich dijangka akan hadir pada penghujung tahun ini.

Gartner juga turut sama melaporkan yang mana pada suku tahun pertama ini sahaja lebih 428 juta peranti mudah-alih terjual memperlihatkan peningkatan lebih 19% berbanding tahun lepas.


Lebih 4 Perantian Akan Di Perkenalkan Yes4G Kelak
LG Optimus 3D Dilancarkan Di Malaysia - Berharga RM2199
Kod Sumber Symbian^3 Tersebar - Kemungkinan Android Ke Peranti Nokia Tinggi?
JavaScript Akan Datang Bakal Dikenali Sebagai Harmony
Samsung Galaxy S3 Bakal Dilancarkan Pada Bulan Jun Kelak?

6 Komen

  1. paeh pada 19 May 2011

    cuba kau BOLD kan android tuuu… kekeke

  2. Piratz pada 19 May 2011

    Nokia Win…. Symbian mengalahkan iOS… hahaha…

    • anzen pada 20 May 2011

      mana ada nokia win.. daripada no.1 turun kepada no.2 smartphone marketshare… ios tahun lepas no 4

  3. snazzybizarre pada 19 May 2011

    yeah… android FTW !! :D

  4. Tarmizi Kamaruddin pada 20 May 2011

    Long live Android!

  5. Orang Akaun pada 20 May 2011

    tak sia2 aku angkut android..heh


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader