06May

Google Maps Kelak Akan Memaparkan Pemandangan Didalam Bangunan

Google

Jikalau sebelum ini Google Earth, Google Maps, Street View dan sebagainya hanya memperlihatkan pemandangan diluar bangunan sahaja, hari ini Google melangkah setapak kehadapan dengan memperkenalkan Google Business Photos, yang mana memperlihatkan pemandangan didalam sesuatu kedai ataupun pejabat.

Melalui Google Business Photos, ianya menjadikan sesuatu lokasi lebih interaktif, disamping menyediakan pemandangan 360 darjah didalam sesebuah lokasi, sekaligus membolehkan para pengguna dan pelayar internet melihat pemandangan didalam kedai, mahupun pejabat itu terus melalui pelayar web mereka.

Ini juga mungkin akan menjadi salah satu titik tambah kepada Google Places yang mana kini mempunyai lebih 50 juta halaman lokasi, dan meningkat dari hari ke hari. Bagi para pemilik yang inginkan pejabat dan kedai mereka disenaraikan, mereka terlebih dahulu perlu memohon kepada Google, dimana seterusnya Google akan menghantar jurugambar untuk mengambil gambar panorama 360 darjah.


Lebih 3 Juta Pengguna Aktif Google Latitude
Chrome Kini Di Datangkan Bersama Flash
Google Menyambut MMXI Dengan Mendermakan $20 Juta
Fungsi Jemputan Google+ Aktif Kembali
Carian Berkaitan Teknologi Popular Di Google Malaysia Sepanjang 2011

6 Komen

  1. hehe pada 06 May 2011

    oops!
    senang pencuri nak survey susunatur lorong dan selok belok dalam bangunan?

  2. Ahmad Fikrizaman pada 06 May 2011

    Wah.. Stylo gila.. Lepas ni kalau tak pergi ke tempat tu pun dah tahu pemandangan kat dalam tu macam mana..

  3. ruzaimee pada 06 May 2011

    c’mon la think +ve ..

  4. Izzat Aziz pada 06 May 2011

    function ni bagus untuk real estate.. senang nak tunjuk dalam bangunan/rumah.

  5. Fakhrul pada 06 May 2011

    Kalau aku nk rompak bank sng je ni nk plan..hhaahaha


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader