04May

Google Mula Mengiklankan Chrome Pada Televisyen

Google

Google nampaknya kini ingin memperluaskan lagi penggunaan pelayar web Google Chrome, dimana selain mempromosikan pelayar web Chrome mereka melalui internet, kini sebuah iklan khas telah disediakan oleh Google, dan dijangka akan dimainkan di saluran televisyen Amerika Syarikat tidak lama lagi.

Menurut New York Times, iklan tersebut akan menjadi kempen pengiklanan luar talian terbesar daripada Google, namun jumlah yang dibelanjakan oleh Google untuk pengiklanan tersebut tidak diumumkan.

Melalui iklan ringkas selama seminit 30 saat itu, Google memperlihatkan beberapa produk mereka digunakan secara mudah melalui pelayar web Chrome, dan seperti memfokuskan kepada Hari Bapa.

Selain daripada Google, di Malaysia, antara syarikat atas talian yang pernah mempromosikan iklan mereka melalui televisyen termasuklah ILuvIslam.com dan juga Mudah.my.


Google Kini Menyokong Carian Masa-Nyata
IE 9 Beta Di Muat-Turun Lebih 2 Juta Kali
Peranti ChromeOS Bakal Dilancar Seawal Jun Atau Julai?
Google Menggunakan Air Laut Untuk Penyejukkan Pusat Data
Google Mula Mempromosikan Pengoptimasian Laman Web Untuk Peranti Mudah-Alih

4 Komen

  1. pali.mouncett pada 04 May 2011

    nice.. makin ramai la gune chrome pasni.

  2. ekspresiruang pada 04 May 2011

    masih setia dgn Chrome. Iklan ni smart. Menunjukkan pengaruh Chrome dalam kehidupan seharian

  3. beliamuda pada 05 May 2011

    Oh, untuk iklan rupanya video ni. ingatkan promsi biasa dalam Internet je.


Trackbacks/Pingbacks

  1. Google Chrome: Dear Sophie TV Commercial | firdee.com

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader