11May

Google Memperkenalkan Music Beta Secara Rasminya

Google

Setelah sekian lama kedengaran pelbagai ura-ura dan laporan berkaitan Google Music, hari ini secara rasminya Google telah pun memperkenalkannya kepada umum, dan buat masa ini, ianya masih lagi pada peringkat beta, dan hanya boleh digunakan mengikut jemputan, serta dibuka kepada pengguna US sahaja buat masa ini.

Seperti mana yang diperkatakan sebelum ini, Google Music ini akan membolehkan para pengguna memainkan lagu secara terus daripada pelayan (perkomputeran awan), tanpa perlu menyimpan sebarang lagu pada komputer atau peranti anda, sekaligus menjimatkan ruangan storan anda secara tidak langsung.

Buat masa ini, harga lagu-lagu yang akan boleh didapati melalui Google Music masih lagi tidak diumumkan, sebaliknya semua pengguna Google Music Beta boleh mengaksesnya secara percuma pada ketika versi beta ini.


Google Memperlihatkan Video Kereta Yang Dikawal Automatik
Chrome 10 Kini Lebih Pantas, Ringkas Dan Selamat
Kereta Dipandu Automatik Google Terlibat Dalam Kemalangan?
Aplikasi Google+ Kini Turut Menyokong iPod Touch Dan iPad
Google Meminta Pembangun Mengoptimasikan Aplikasi Untuk Ice Cream Sandwich

2 Komen

  1. beliamuda pada 11 May 2011

    Baru nak test guna, sekali invitation untuk US punya je buat masa ni.

  2. Mohd Azhar pada 08 Aug 2011

    alahai.. baru nak test..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader