Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Seperti mana yang diperkatakan sebelum ini, hari ini Google secara rasminya telah pun melancarkan perkhidmatan pembayaran mudah-alih mereka yang mana dikenali sebagai Google Wallet. Seperti diperkatakan, ianya merupakan sistem pembayaran berasaskan NFC, dan hanya dikhaskan untuk pengguna US sahaja buat masa ini.

Melalui Google Wallet, para pengguna boleh melakukan pembayaran dengan hanya menggunakan telefon pintar mereka yang didatangkan bersama-sama dengan teknologi NFC. Menariknya adalah dimana Google turut sama akan mengintegrasikannya bersama-sama dengan Google Offers, sekaligus membolehkan penggunanya menikmati pelbagai diskaun menarik dikedai-kedai yang mengambil-bahagian.
Buat masa ini, Google Wallet hanya akan disokong oleh Nexus S. Namun begitu, menurut Google, sebuah API akan diperkenalkan membolehkan pembangun mengintegrasikannya pada telefon pintar mereka. Ini sekaligus memperlihatkan telefon seperti BlackBerry dengan NFC kelak mungkin akan turut sama menyokong Google Wallet.
8 Komen
Trackbacks/Pingbacks
Tinggalkan Komen Anda
Konsep nie bukan kat japan dah ade ke?
oo yeke? mesti lps ni akan jadi trend satu dunia.
terigt 1 vid dari utube, mreka (orang barat) 1 ari nanti akan suntik cip dalam badan kita untuk permudahkan shopping x perlu bawa duit….
cara macam ini akan kita nampak duit kertas tidak laku nanti, dari sudut positif memudahkan/mengurangkan gejala rompak duit….
setiap bnda ada pro & con. kan..
Konsep NFC dah lame ade…kat Malaysia pun dah ade. Maxis dah launch dulu sekali ngan Nokia…
http://mrmaza.my/near-field-communication.html
lps ni bawak hp jeler, xyah bwk wallet dh…
so gadis2 di luar sana xyah tgk wallet lelaki yg nk ditekel dh, tgk hp jer yer….hehe
read: your wallet is belong to google. haha.
this is the future anyway
kewl..smpai kena saman dgn paypal..hoho…