18May

Groupon Malaysia Kini Memegang Groupon.my – Rekabentuk Baru Halaman Bakal Diperkenalkan

Web 2.0

Nampaknya, ianya kelihatan yang mana pihak Groupon Malaysia telah pun mengambil-alih nama domain Groupon.com.my dan juga Groupon.my daripada pemiliknya sebelum ini. Walaubagaimanapun, buat masa ini, Groupon.com.my membawa pengguna ke laman asal Groupsmore, manakala Groupon.my memperlihatkan sebuah halaman baru dengan mesej akan datangnya.

Berkemungkinan besar, pihak Groupon Malaysia kini dalam perancangan untuk memperkenalkan laman web mereka dalam versi baru, serta menambah salah satu fungsi yang dinantikan sehingga kini, iaitu kebolehan untuk melihat senarai tawaran harian mengikut lokasi dengan mudah, dengan hanya memilihnya melalui bahagian bersebelahan dengan logo mereka.

Ianya kelak dijangka akan membahagikan tawaran harian mengikut beberapa lokasi utama disekitar Lembah Klang, termasuk Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Subang Jaya, Puchong, Cheras, Klang, Shah Alam dan Cyberjaya. Groupon Malaysia juga dalam perancangan untuk memperluaskan perkhidmatan mereka ke beberapa lokasi lain di Malaysia tidak lama lagi.

Ianya tidak pasti lagi buat masa ini bilakah Groupon akan memperkenalkan penggunaan nama domain baru, dengan kemaskini pada laman web mereka itu, namun mungkin ianya tidak lama lagi.


Ura-Ura : Google Bakal Miliki Skype?
Twitter Memperkenalkan Rekabentuk Laman Baru
Project Petaling Street Di Lancarkan Semula
Vizualize.me Akan Menjadikan Resume Anda Lebih Menarik Lagi
Mudah.my Tidak Dapat Diakses Pengguna Seharian

1 Komen

  1. Twit N View pada 18 May 2011

    buat untung mudah ler pemilik domain groupon.com.my sblom nie…hehe


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader