13May

Halaman Facebook HotFM Hilang? Adakah Ianya Dipadam?

Sekuriti, Web 2.0

Pada awal minggu ini, seperti sedia maklum, halaman Facebook HotFM telah pun digodam dan diceroboh oleh salah seorang yang mengelarkan diri beliau sebagai Jack Sparrow. Kini, ianya kelihatan yang mana halaman tersebut telah pun hilang, selain mana kini dilihat akaun Twitter HotFM aktif sepenuhnya, dengan mereka aktif membalas tweet dari peminat.

Halaman Facebook
Halaman Facebook HotFM kini tinggal sejarah?

Ianya tidak diketahui mengapakah halaman tersebut hilang, ataupun adakah dipadam oleh pengodam tersebut. Sebelum ini, ianya dimaklumkan yang mana halaman tersebut telah berjaya digodam dengan berkongsi talian WiFi yang sama, namun tidak dapat dipastikan sepenuhnya berkenaan perkara tersebut. Ketika itu, mereka yang telah Like halaman tersebut mencecah lebih daripada 700 ribu orang, menghampiri angka 800 ribu.

Buat masa ini, ianya tidak diketahui samaada mereka akan memperkenalkan halaman Facebook yang baru ataupun hanya akan memfokuskan pada Twitter sahaja selepas ini.


uolsss… FB Hot FM dah kena hack. :( camne pon makaceh laa sbb terus mnyokong…less than a minute ago via web Favorite Retweet Reply


Innity Kelihatan Di Laman Advertlets
WauMail - Salah Satu Perkhidmatan Emel Di Malaysia Sekitar Tahun 1999
ChopChop - Kad Ganjaran Digital Kini Sedia Dimuat-turun Oleh Pengguna Android Dan iOS
ILuvIslam.com Memfokuskan Kandungan Digital - Menceburi Dunia Animasi 3D
Samsung Dan Dropbox Menawarkan Ruangan Percuma Sehingga 50GB

18 Komen

  1. syahrilhafiz pada 13 May 2011

    huhu dari berita yg dapat
    beware :D

  2. paeh pada 13 May 2011

    KEHKEH

  3. myFirdaus pada 13 May 2011

    agaknya admin Facebook dah mcm rase pelik sebab rmai gile2 like… fan yang mendadak… hehehe

  4. ekspresiruang pada 13 May 2011

    mesti admin FB ingat HOT FM ni stesen radio lucah kot. sbb ada hot hot kat dpn. tu yg dipadamnya tu, huhu

  5. Taufik Mansor pada 14 May 2011

    “halaman tersebut telah berjaya digodam dengan berkongsi talian WiFi yang sama” ? LOL … si jack tu memang keras kepala x nak serahkan balik…. apa la nak jadi… apapun hidup hot fm!!!!

    • suffer8zine pada 14 May 2011

      die ckp aritu dj2 x nk chat ngn die, wkwkwk, mcm2

  6. Roslan Nazri pada 14 May 2011

    lately byk betol org kene hack dan byk typo disebabkan aman suke tergesa2..ejaan pun dah tak jadi mcm cikgu BM bese haha

    • Kujie pada 14 May 2011

      #like 1245623x bab cikgu BM !

  7. MuJE pada 14 May 2011

    ruginye… dah nak dekat 1 juta orang like page tu

  8. Twit N View pada 14 May 2011

    daripada dibiarkan berterusan imej hotfm buruk dgn akaun fb yg telah dirampas, lebih baik rekues delete kan.
    boleh buat yg baru dan tingkatkan keselamatan.
    semoga kembali semula fb hotfm…

  9. nizamghazi pada 14 May 2011

    Dorang guna backtrack ni

    • Omar pada 14 May 2011

      firesheep mungkin sekali kot.. sebab share wifi kan?

  10. napiee pada 14 May 2011

    sebenarnya aku tak rasa page tu dah kena delete..
    just di hide or unpublish kan..
    memang ada option tu pon kalau sapa2 yg penah create page kat FB

  11. Budak lagi pada 14 May 2011

    biarlah kene hack pun hot fm bukannya main lagu Malaysia sangat pun…indonesia je lebih

  12. Fikri Adhiey pada 14 May 2011

    yup..actually facebook hot fm tak kena delete, cuma kat bahagian “edit” page tu, ada option..iaitu
    “only admins can see this page” pastu dia mark…kalau dia unmark maka page tu akan publish.

  13. Wan pada 14 May 2011

    hahaha kesian dia

  14. fikri pada 14 May 2011

    padan muka

  15. mr. ronok-ronok pada 18 May 2011

    owh tidak, mungkin fan page aku lepas ni ade orang nak hack jugak!!!! tolong aku!!! <— keh keh yang like pun baru 129 orang….ha ha ha


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader