12May

Halaman Twitter Kini Dioptimasikan Untuk Telefon Pintar

Web 2.0

Walaupun Twitter telah menyediakan pelbagai aplikasi untuk pengguna telefon pintar, mereka terus membawakan pelbagai perkara baru padanya, dimana kini mereka memperkenalkan halaman Twitter.com yang mesra peranti mudah-alih, tanpa menggunakan sebarang aplikasi.

Seperti biasa, para pengguna boleh menggunakan pelayar web terbina pada telefon pintar mereka untuk melayari Twitter.com, dan mereka akan dapat melihat rekabentuk baru pada skrin mereka. Namun begitu, ianya masih lagi pada peringkat pengenalan, dan mungkin ramai lagi yang belum dapat mengaksesnya buat masa ini.

Ianya diperkatakan akan membawakan ciri-ciri seragam untuk semua pengguna telefon pintar dan tablet, serta membawakan pelbagai fungsi yang terdapat pada aplikasi Twitter terus kepada pelayar web mudah-alih dengan mudah.

Kami masih lagi melihat rekabentuk halaman mudah-alih yang lama, sekaligus tidak dapat menguji halaman mudah-alih baru yang dioptimasikan untuk telefon pintar ini.


Cuil Memperkenalkan Perubahan Pada Rekabentuk
WordPress 3.0 Bakal Membawakan Pelbagai Perkara Baru
Churp Churp Bakal Ubah Cara Beroperasi
Tonton Memperkenalkan Video Berbayar Serendah RM1
Mengapa Facebook Membeli Instagram? Kelebihan Sokongan Mudah-Alih Dan Komuniti Aktif?

1 Komen

  1. paeh pada 12 May 2011

    harap2 tak stuck sgt. ohohoh


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader