Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Nampaknya kini pihak HotFM telah berjaya mendapatkan kembali halaman Facebook mereka yang diceroboh sebelum ini, selain mana kini mereka aktif mempromosikan kembali halaman Facebook mereka melalui slot-slot radio mereka. Pada masa yang sama, mereka juga mensasarkan untuk mencapai 1 juta pengguna yang Like akan halaman Facebook mereka.
Ketika artikel ini ditulis, terdapat lebih 696,885 orang pengguna yang Like akan halaman Facebook HotFM, memperlihatkan penurunan angka tersebut berbanding sebelumnya. Mungkin untuk menarik balik para pengguna untuk ke halaman Facebook mereka, mereka kini menawarkan beberapa hadiah, termasuk iPad 2 dan sebagainya.
Dan menariknya, melalui slot mereka juga, mereka meminta Jack Sparrow, iaitu nama pengodam yang bertanggungjawab menceroboh halaman tersebut sebelum ini untuk Like sama akan halaman Facebook HotFM. Buat masa ini, ianya masih lagi tidak diketahui bagaimanakah pihak HotFM mendapatkan kembali halaman Facebook mereka yang digodam itu.
7 Komen
Tinggalkan Komen Anda
maybe Facebook hide jer page tu sebelum ni.. sume data die simpan lagi.
Suka iklan diaorg… sangat sarkastic… hahahha
ingtkan dah kene delete, mmg hot
Kalo amanz dpt korek cara diorang dpt balik musti best
nak tangkap jack la tu
Ahaks.. penurunan tu sebenarnya disebabkan pihak facebook recovery blk data diorang
oh, begitu