Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Nampaknya penangguhan daripada pihak Maxis berkenaan dengan HTC Flyer adalah disebabkan oleh penangguhan penghantaran global daripada pihak HTC, sekaligus menjadikan jadual pelancaran Maxis turut sama terjejas sekali. Maxis pada masa yang sama mengatakan yang mana maklumat lanjut akan dikemaskini oleh Maxis dalam masa terdekat ini, sebelum penghujung bulan Mei.

Walaubagaimanapun, pakej dan pelan HTC Flyer dengan harga RM199 masih akan kekal. HTC Flyer merupakan tablet Android pertama daripada HTC, yang mana pada masa yang sama membawakan cip pemprosesan 1.5GHz dan juga skrin seluas 7-inch dengan resolusi 1024×600 pixel. Harga pasaran tempatan untuk HTC Flyer adalah bermula daripada RM2499.
9 Komen
Tinggalkan Komen Anda
199? hebat tu. ke aku mimpi?
Mesti plan utk bulanan mahal…. lepas tu kontrak 24 bulan.
rasa cam nak angkut satu..
wow..teringin nak ambik..
wow nice gadget
suka saya..
spec pun hebat…sebiji smartphone..kalau pakej tak keterlaluan, agkt yg ni dulu..galaxy s2 n iphone 5 next year..
Bro,cmne ley dpt tgk flyer tuh? siap browse web ko lg..pergh..da lame aku tgu,rini bru release kt UK & Europe.
haritue dia ada demo kat Malaysia.
Aku nak maxis10 punye. Hahaha