Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Selain daripada HTC Flyer yang bakal mula dijual bermula daripada hari Jumaat ini, satu lagi peranti daripada HTC bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi, iaitu HTC Sensation. Namun begitu tarikh pasti mengenai pelancarannya dan harganya masih lagi tidak dapat dipastikan buat masa ini.
HTC Sensation kini diura-urakan akan tiba di Malaysia selewatnya pada bulan hadapan. Namun begitu, kami masih tidak dapat mengesahkan perkara ini sepenuhnya buat masa ini. HTC Sensation juga akan berkemungkinan besar akan ditawarkan secara eksklusif bersama-sama dengan Maxis, memandangkan kedua-dua pihak, iaitu Maxis dan juga HTC Malaysia mempunyai sebuah perjanjian yang sah sehingga pertengahan tahun ini.
Seperti beberapa peranti HTC yang lain, Sensation menggunakan platform Android bersama-sama dengan HTC Sense, menggunakan cip pemprosesa dwi-teras 1.2GHz, 768MB RAM, kamera 8-megapixel dibelakang, dan juga kamera VGA dihadapan. Ianya juga membawakan paparan skrin QHD, dan juga membawakan pelbagai ciri-ciri multimedia yang menarik.
7 Komen
Tinggalkan Komen Anda
man blanjer aku hp ni aman… =p
pergh, dah macam komputer dah spec smartphone ni
damn~ abeh tu aku nak beli incredible s ke sensesion?
incredible s lag la.tak smooth.
beli sensation.mantap 1080p tu
Satu pun aku tak beli. Tunggu Blackberry Torch2 dgn PlayBook.
yg ni vs Galaxy S II spe mnang? hehe :p
Darn…baru berangan nk pkai incre S, dh kluar sensation..
I wanna buy this nxt month..
Anyhow, which part of Incr S yg xsmooth?