02May

Ikhwan Nazri Menyertai AmanzNetwork Sebagai CEO

Lain-lain, Web 2.0

Setelah beroperasi selama beberapa tahun, kini AmanzNetwork mendapatkan Ketua Eksekutif pertamanya, iaitu Ikhwan Nazri, yang mana turut sama merupakan pemilik dan pembangun disebalik beberapa projek dan aplikasi terkemuka, termasuk WeddingKami dan juga OfficeKami, serta Flavert Media Lab.

Bagi yang tidak mengenali Ikhwan Nazri, beliau merupakan salah seorang pembangun dan pelatih Adobe Flash yang berpengalaman di Malaysia, dan amat mengenali pelbagai perkara berkaitan media baru, sekaligus menjadi pilihan utama dalam membawakan AmanzNetwork keperingkat yang seterusnya. Ikhwan Nazri juga turut sama telah menjayakan pelbagai projek komuniti sebelum ini, termasuk telah memperkenalkan projek Al-Quran untuk PSP yang mana telah mendapat perhatian seluruh dunia, serta kini bergiat-aktif dengan projek OfficeKami.

Selain daripada itu, baru-baru ini, beliau juga telah disenaraikan pada laman Agensi Inovasi Malaysia, dan merupakan salah seorang pengerak aktif dalam industri ICT tempatan.

Di AmanzNetwork, beliau akan menyusun strategi untuk terus memperkembangkan jenama dan penyampaiannya, selain pada masa yang sama menguntungkan komuniti secara lebih menyeluruh lagi. Selain daripada itu, beliau juga akan menguruskan bahagian bisnes AmanzNetwork serta memberikan khidmat nasihat dalam membangunkan AmanzNetwork menjadi jenama media baru IT.

Beberapa perkara baru dalam memperluaskan jenama dan cara penyampaian pelbagai perkara berkaitan IT dan sebagainya turut sama telah dirangka, dan dijangka akan diperkenalkan kepada para pengguna dan pembaca secara berperingkat selepas ini.

Para pengguna boleh menghubungi Ikhwan Nazri secara terus melalui Twitter di @tekong, ataupun mengikuti blog dan Tumblr beliau untuk mengenali beliau dengan lebih rapat lagi.


Dulu KCBox, Kini HotPicBox
FourSquare Kini Mempunyai 10 Juta Pengguna Berdaftar
Sokongan Penyedia ID Kini Didatangkan Oleh BrowserID Daripada Mozilla
PitchIN Dengan Konsep Seumpama KickStarter Bakal Dilancarkan Pada Bulan Mei
Giat Mara Memperlihatkan Beg Laptop Yang Boleh Diubah Menjadi Jaket

67 Komen

  1. Bat pada 02 May 2011

    Tahniah Amanz Network!

    • Obefiend pada 24 Jul 2011

      all the best Amanz… sentiasa teguh dibelakang antara muka kamu

  2. myFirdaus pada 02 May 2011

    tahniah drpd myFirdaus

  3. Fazlee pada 02 May 2011

    tahniah!

  4. Paan Jr pada 02 May 2011

    tahniah man! isk. terharu lak aku.. T_______________T

  5. snazzybizarre pada 02 May 2011

    congrats !!

  6. Nizam6281 pada 02 May 2011

    Hensem ketika muda2 dulu :P

    • paeh pada 02 May 2011

      ayam betoi nizam… tekong mmg hensem apa… hehehe

      • tekong pada 03 May 2011

        weh saba saba aku bukan hensem. aku comel

  7. paeh pada 02 May 2011

    tahniah kedua-duanya…!

  8. afiq aiman pada 02 May 2011

    pergh. lepas ni kita pembaca amanz akan membaca berita-berita kemasukkan editor baru di amnz.my

  9. aizuddinmanap pada 02 May 2011

    kacak nya abg tekong

  10. Pisyek pada 02 May 2011

    pergh! tahniah! tahniah! aku jumpa tekong ni skali dekat mindevalley dulu, time webcamp. keh keh keh. :D

  11. Iwani Khalid @ Kureno pada 02 May 2011

    tahniah to u two!! look fwd to greater stuffs for AmanzNetwork!!

  12. Eizil pada 02 May 2011

    Tahniah kepada amanznetwork dan juga @tekong, semoga akan terus berkembang maju di persada industri ini.

  13. zool pada 02 May 2011

    semakin majulah amanznetwork.. semoga maju lagi..

  14. kakisembang pada 02 May 2011

    perghhhh ,mantop ahhhhhhhhh amanzz ..tahniah !

  15. Hafiz pada 02 May 2011

    Tahniah!

  16. Hanny Ramzy pada 02 May 2011

    Power!

  17. haru pada 02 May 2011

    perghh..congratz bro..semoga ko mkin maju :D

  18. nizamghazi pada 02 May 2011

    Wow, bangga bila mendengar org melayu yg bjaya sepertinya. Congratz (:

  19. CypherHackz pada 02 May 2011

    Syabas! Semoga you guys akan lebih cemerlang dan gemilang dalam dunia blogger tempatan…

  20. wazy pada 02 May 2011

    Tahniah buat aman dan abang @tekong
    semoga semakin maju dan menjadi media terhebat di dalam bidang IT

  21. suffer8zine pada 02 May 2011

    tahniah dari kami warga http://Www.FrenzyFm.My kepada Amanznetwork

  22. chidori pada 02 May 2011

    congrats.. makin dasat la amanz network pasnih

  23. Loq pada 02 May 2011

    Congracias and all the best to Amanz Network !

  24. piratz pada 02 May 2011

    lepas nie ambik alih oh media network plak…

    • tekong pada 02 May 2011

      oit tak sampai sejam lagi beb jadi CEO ni ahahhahahahahahahhahaha

      • mosyar pada 03 May 2011

        tekong aka ikhwan nazri

  25. LawrenceVision pada 02 May 2011

    Tahniah amanNetwork

  26. bob pada 02 May 2011

    Congratulations, Tahniah, Felicidades & Enhorabuena :)

  27. hafidz pada 02 May 2011

    Syabas & Tahniah! =)

  28. Eriyza pada 02 May 2011

    Wow! Tahniah Amanz.my kerana maju setapak lagi.
    Semoga kejayaan sentiasa mengiringi Amanz.my sokmo. :)

  29. Ikram Hakimi pada 02 May 2011

    tahniah!

  30. faiz pada 03 May 2011

    Entry ini mengajar aku maksud sebenar CEO..haha

  31. Omar pada 03 May 2011

    tahniah Amanz Network.

  32. syahirul pada 03 May 2011

    perghhhhhhhh tekong mengganaz… alhamdulillah dpt ceo…

  33. MuJE pada 03 May 2011

    congrats amanz network! sila update blog sehari 20 kali! :P

  34. Adlan pada 03 May 2011

    Tahniah Tekong! Semoga Amanznetwork akan lebih berkembang dengan pesat pada tahun 2011!

  35. Wan pada 03 May 2011

    terbaek baq hang

  36. TeratoMan pada 03 May 2011

    Seorang superhero mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Abang Tekong dan Amanznetwork.

  37. Jibam pada 03 May 2011

    Tahniah…..Sekolah Alam Shah Old Boys ka?

    • tekong pada 03 May 2011

      refer pada saya ke? maaf tidak.

  38. matjoe pada 03 May 2011

    Terbaik. Tahniah Amanz Network! gwa sendiri dah bukak blog ni tetiap hari mcm bukak blogserius

  39. topo pada 03 May 2011

    tahniah amanznetwork dan tekong :)

  40. tekong pada 03 May 2011

    terima kasih semua atas ucapan tahniah yang diberikan. Hamba berasa sangat gembira seolah-olah direstui semua bagi membawa amanz network ke millenium yang baru. nantikan produk dan servis baru dari kami :)

  41. Hamdi pada 03 May 2011

    tahniah kepada amanz dan abang tekong! nanti boleh la bagi idea yang bernas untuk menjayakan amanz!

    • tekong pada 03 May 2011

      idea aku bagi ko aku nak balik boleh? siku aku buruk hahah. tade memain je. dengan ini idea ko leh elevate lagi senang ;)

  42. Aisyah Kama pada 03 May 2011

    ade keje kosong tak? hahaha.
    dah macam selebriti dah tekong.
    kembang la tuuu. :D

  43. syafiq pada 03 May 2011

    tahniah untuk semua!

  44. syahrilhafiz pada 03 May 2011

    lol tekong~
    terbaik, tahniah dari syahrilhafiz network :D

  45. edv pada 03 May 2011

    tahniah mochi…bring it on…huhuhu

  46. TeratoMan pada 03 May 2011

    Alermak, terdelete atau salah letak ker congratulasi saya?!

  47. ejam pada 03 May 2011

    tahniah, gabungan yg hebat…
    semoga kekacakan mereka berdua boleh gegarkan dunia IT di Malaysia…

  48. sayacomel pada 03 May 2011

    hehe, nampak lebih comel. :D

  49. Faizal pada 04 May 2011

    Moga terus berjaya!

  50. Orang Akaun pada 04 May 2011

    pehh..sudah maju..congratz

  51. n3dmax pada 04 May 2011

    Congrats to two of you… :)

  52. Anzur Anuar pada 04 May 2011

    tahniah bro! ;)

  53. Azree Hanifiah pada 04 May 2011

    Wohsaa! Apsal aku baru terbaca berita nih… Huhu…

  54. tekong pada 06 May 2011

    thx all :D

  55. Jali pada 09 May 2011

    Tahniah…
    Semoga amanz.my terus maju dan menyumbang kepada industri ICT negara.

    Jali,
    macam-2.com

  56. Khai pada 09 May 2011

    Saya nak jadi General Manager boleh? Then saya nak pecat Amanz.. wakaka.. jgn maraa… :P

  57. shifaa pada 11 May 2011

    wahhh..terbaekkk =)

  58. Zulhilmi Zainudin pada 13 Nov 2011

    Tahniah Amanz!

    Semoga terus sukses!


Trackbacks/Pingbacks

  1. Amanz Network got a CEO | MentariWorks
  2. Appointed as CEO of Amanz Network | Nazri :// Mysight

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader