Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Salah satu perkhidmatan yang meningkat naik namanya akhir-akhir ini adalah Instagram. Kini, Instagram telah pun mengumumkan yang mana perkhidmatan imej mereka telah pun mencapai lebih daripada 4.25 juta pengguna seluruh dunia, dimana lebih 10 gambar dimuat-naik setiap saat buat masa ini.
Menariknya mengenai angka ini adalah memandangkan Instagram hanya dikeluarkan untuk pengguna iPhone sahaja buat masa ini. Melalui aplikasi mereka, ia membolehkan para pengguna untuk merakamkan gambar, kemudiannya mengenakan sedikit efek sebelum memuat-naiknya dan berkongsi bersama yang lain.
Buat masa ini, ianya masih lagi tidak diketahui bilakah aplikasi Instagram untuk platform lain akan diperkenalkan.
2 Komen
Tinggalkan Komen Anda
kat android ada camera360…
bile la nak ade utk android nh….