24May

iPhone 5 Akan Membawakan Skrin Dengan Kaca Lengkung?

Apple

Dengan pelbagai berita dan ura-ura berkaitan iPhone 5, kini ianya ditambah lagi apabila beberapa laporan mula memperkatakan yang mana iPhone generasi akan datang daripada Apple ini akan membawakan skrin dengan kaca lengkung, lebih kurang sama seperti yang terdapat pada iPod mereka.

Ianya diperkatakan yang mana Apple sendiri telah membeli beberapa mesin untuk pemotongan kaca tersebut untuk digunakan oleh pengeluar dalam mengeluarkan skrin dengan kaca lengkung tersebut.

Buat masa ini, ianya masih lagi tidak diketahui bilakah iPhone generasi seterusnya akan dijual kepada umum. Sebelum ini, ianya telah diperkatakan yang mana iPhone 5 hanya akan mula dijual di pasaran sekitar bulan September kelak, dan dijangka akan membawakan iOS 5 bersama-sama dengannya kelak.


Celcom Bakal Menjual iPhone 4?
Apple Menghampiri Versi Golden Master Untuk Mac OS X Lion?
Sony Pictures Dalam Perbincangan Akhir Untuk Mendapatkan Hak Filem Steve Jobs
Keupayaan Kamera iPhone 4S Dan Canon 5D MKII Dibandingkan
(Video) Perbandingan Antara iPad Baru Dan iPad 2

3 Komen

  1. Eazy Izzuddin pada 24 May 2011

    tp iphone4 dah lawa dah…
    agak2 iphone5 lagi lawa x?
    xD

  2. ekspresiruang pada 24 May 2011

    mcm payah je nak navigate secara touch kalau kaca lengkung…

  3. Kreuger pada 24 May 2011

    gambar tadek ke?


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader