15May

iPhone Generasi Baru Akan Membawakan Skrin Dari Bucu-Ke-Bucu?

Apple

Dengan pelbagai ura-ura kedengaran berkaitan iPhone generasi akan datang, kini pada laman AliBaba.com, munculnya sebuah case baru untuk iPhone yang dinamakan sebagai aksesori tambahan untuk iPhone 5G. Menariknya adalah ianya turut sama memperlihatkan bukan sahaja skrin yang lebih luas, tetapi skrin sentuh dari bucu-ke-bucu.

Walaubagaimanapun, ianya tidak diketahui samaada perkara ini benar ataupun tidak, dan dikategorikan sebagai ura-ura sahaja buat masa ini. Selain daripada memperlihatkan skrin luas dari bucu-ke-bucu, gambaran pada halaman tersebut juga turut memperlihatkan yang mana lampu flash untuk kamera diletakkan dibucu kanan, dan berbeza dengan keadaan sekarang ini.

iPhone generasi kelima dijangka akan tiba sekitar bulan September kelak, dan sebelum ini ianya telah diperkatakan yang mana iPhone seterusnya mungkin akan hanya membawakan sedikit kemaskini berbanding iPhone 4 sebelum ini.


Adobe Melancarkan Aplikasi Rasmi PDF Untuk Pengguna iOS
Rekabentuk Baru iPhone Diperlihatkan Melalui Bekas Pelindung Dan Pelindung Skrin
Projek Terakhir Steve Jobs Merupakan iPhone 5?
Apple Bakal Memperkenalkan Aplikasi Pembangunan Buku Digital?
Kaspersky : Apple Masih Sedekad Dibelakang Microsoft Dari Segi Sekuriti

11 Komen

  1. Twit N View pada 15 May 2011

    siapa penjual casing ni kat alibaba?
    dari negara china ker?
    hebat btol diorg lebih tahu…haha

  2. paeh pada 15 May 2011

    sisi-ke-sisi lebih sesuai kot. kalau bucu-ke-bucu mmg full tu skrin je laa…. ntah~~

  3. Eddy pada 15 May 2011

    xda fizikal button ke? jadi xbest lah..

  4. myFirdaus pada 15 May 2011

    tp aku x rasa iphone 4s mcm ni. mybe production utk iphone yang akan datang dlm beberapa taun lagi

  5. budakudm pada 15 May 2011

    tak minat iphone

  6. ekspresiruang pada 15 May 2011

    orang china ni skjp je dah boleh korek rahsia. org cina di mana2 di seluruh dunia. no wonder pon. hehe

  7. Zahari pada 15 May 2011

    Ok la… satu cara nak guna skrin yg besar sikit, tapi dalam masa yang sama masih dapat kekalkan resolusi skrin atas daripada 300dpi dgn kekalkan saiz keseluruhan iPhone. Takde la bulky sangat letak lam poket.

    Physical home button tu bleh ganti dengan multi-touch gestures; dah ada dalam iOS 4.3 cuma disabled by default. Boleh enable kalau jailbreak. Kalau tak jailbreak, tunggu je apa yang iOS 5 offers.

  8. Farid Zenon pada 16 May 2011

    China iPhone beb, mudah sahaja memeng ada iPhone 5 versi china

  9. Zairi Zaidi pada 16 May 2011

    Ingatke bucu ke bucu… Rupanya sisi ke sisi

  10. TeratoMan pada 16 May 2011

    iPhone generasi baru bakal menyediakan skrin dlm bentuk kanta lekap? =P

  11. mieka pada 06 Jun 2011

    agak2 je tu design plastik cover kan murah banget


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader