14May

iPhone Seterusnya Mungkin Adalah iPhone “4S”?

Apple

Sebelum ini beberapa informasi berkaitan iPhone generasi akan datang telah pun kedengaran, dengan beberapanya memperkatakan yang mana ianya akan tiba sekitar bulan September kelak. Melalui laporan daripada para penganalisa, kini ianya diperkatakan iPhone generasi akan datang mungkin akan dikenali sebagai “iPhone 4S” dan bukannya iPhone 5.

Ianya diperkatakan yang mana iPhone generasi akan datang kelak hanya akan membawakan perubahan yang minimum dari segi rekabentuknya, dan dijangka akan membawakan kamera yang lebih bagus lagi, serta cip pemprosesan A5 dwi-teras, serta sokongan HSPA+.

Ianya juga diperkatakan yang mana disebabkan cip 4G tidak sedia sepenuhnya, Apple akan memperkenalkan beberapa kemaskini minor, dan mungkin akan menamakannya sebagai iPhone “4S”. Namun begitu, Apple seperti biasa tidak memberikan sebarang komen untuk laporan ini.


Pelancaran Sistem Operasi iOS 5 Semakin Dekat?
iPhone Alternatif Murah Yang Diperkatakan Akan Berasaskan Awan?
Video Konsep iPhone Dengan Projektor Dan Holografik Diperlihatkan
Maxis Mula Menawarkan iPhone 3GS Pada Harga Serendah RM199
Samsung Teruskan Iklan Galaxy S2 Mensasarkan Pengguna iPhone

20 Komen

  1. Roslan Nazri pada 14 May 2011

    utk org kaya

    • SJ pada 14 May 2011

      btul tu. aku skong 100%. ni nak buat mcam upgrade iphone 3g dgn iphone 3gs je pun

      • Roslan Nazri pada 15 May 2011

        miskin aku dibuatnya kalo nak ikut perkembangan haha

  2. Twit N View pada 14 May 2011

    dah mcm keter toyota plak, S ada, J ada, G pun ada juga…hehe

  3. myFirdaus pada 14 May 2011

    mmg isu pasal nama iphone 4s ni dah lama. tapi org je pndai2 ingat iphone 5.. huhuhu

  4. chidori pada 14 May 2011

    ini tektik keji pemasaran

    • Eddy pada 15 May 2011

      diorg nk cekam pengguna yg da jadi fanboy.. tp nasib la google ada. lagi terbaik. android

  5. hehe pada 15 May 2011

    jenama lain dah lame guna ‘S, epal ni lembab aku baling kang bersepai

  6. kikoz pada 15 May 2011

    kesian betul sapa yg mendai penjilat barang apple..terang2 dipunggungkan atas muka..diketut pula

    • Mashi pada 15 May 2011

      Orang yang tak pernah pakai Apple je yang kata mcm2..Yela dengki sbb tak mampu pakai :D ..Berkata dari pengalaman sendiri. :P

      • Roslan Nazri pada 15 May 2011

        mmg tak mampu..tak kaya kan..

      • Eddy pada 15 May 2011

        member aku guna.. sma gak xbest. trus tukar iphone killer, galaxy S

    • matjoe pada 16 May 2011

      aku rasa komen ko ni full of WIN!! +1000000

  7. kikoz pada 15 May 2011

    kesian betul sapa yg menjadi penjilat barang apple..terang2 dipunggungkan atas muka..diketut pula

  8. Zairi Zaidi pada 15 May 2011

    Hoho… Bila agaknya saya nak pakai iPhone… Agak kurang berminat

    • Roslan Nazri pada 15 May 2011

      thumbs up! bro…

  9. Zahari pada 15 May 2011

    Kesian tengok orang zaman sekarang ni. Terpaksa menyumpah seranah nak menegakkan benang yang basah. Kurang ilmu tapi nak berlagak tahu semua, inilah jadinya. pity them, hehe

  10. titan pada 16 May 2011

    selagi hp aku tak rosak, selagi tu aku wat dek dengan iphone.

  11. fakhrulzakry pada 19 May 2011

    If you guys tak guna Apple product, tak yah lah keji. Tapi betul, most of apple product memang bagus and sesuai such; macbook pro, mac mini. mac pro. Ada ke brand yang mampu nak bertanding?. think.

  12. Ezy4u pada 20 May 2011

    nak tahu produk apple best ke tak kena la beli dulu…huuh


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader