03May

Jadual Pelepasan Bagi Ubuntu 11.10

Linux, Sumber Terbuka

Pelepasan akhir bagi Linux Ubuntu versi akan datang iaitu Oneiric Ocelot 11.10 ialah pada hari Selasa, 13 Oktober 2011 dan jadual bagi pelepasannya boleh dirujuk pada Ubuntu Wiki.

Sama seperti Ubuntu Natty Narwhal, Ubuntu Oneiric Ocelot akan melepaskan versi alpha kepada umum 3 kali dan 2 kali bagi versi beta. Berikut merupakan tarikh bagi pelepasan tersebut:

2 Jun, 2011 – Alpha 1
30 Jun, 2011 – Alpha 2
4 Ogos , 2011 – Alpha 3
1 September, 2011 – Beta 1
22 September, 2011 – Beta 2
13 Oktober, 2011 – Pelepasan akhir kepada umum untuk versi stabil.

Ubuntu Oneiric Ocelot kelak bakal membawakan paparan antaramuka Unity yang sama seperti Ubuntu Natty Narwhal serta sokongan terhadap antaramuka Gnome3 yang diperbaiki bagi membolehkan para pengguna setia Gnome menikmati persekitaran Gnome3 pada Ubuntu seperti sebelum ini.

 


Pembangunan Firefox Akan Lebih Dipercepatkan
Program Linux Varsiti Dihentikan?
Tilt Membolehkan Laman Web Diperlihatkan Dalam Bentuk 3D Pada Firefox
Pengalihan Firefox Dalam Bahasa Malaysia Kini Menghampiri 63%
Rakan Kerjasama Untuk Peranti Mozilla B2G Akan Diketahui Pada MWC

4 Komen

  1. Omar pada 03 May 2011

    Jadual Ketibaan takde ke? hehe~

  2. Ali ridha pada 03 May 2011

    boleh lawan Mac Os X ni.letak
    gambar kucing bintang.comel
    ubuntu 11.10.

  3. syahrilhafiz pada 03 May 2011

    woww!!!!! excited..sori..haha

  4. rajawali pada 04 May 2011

    sedang menyedut 11.04 yg xberkesudahan…yg baru da nk kuar….ayyohhh!!!!


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader