09May

JomSocial Memenangi Anugerah CMSA Untuk 2 Tahun Berturut-Turut

Web 2.0

Kini, untuk dua tahun berturut-turut, JomSocial telah berjaya memenangi anugerah aplikasi sosial untuk Joomla terbaik di CMS Expo yang diadakan pada minggu lepas. Seperti sedia maklum, JomSocial merupakan salah satu aplikasi Joomla yang dibangunkan oleh para pembangun tempatan melalui Azrul Studio.

Bagi yang tidak mengenali JomSocial, ianya merupakan salah satu aplikasi khas yang dibangunkan untuk platform Joomla, dimana melaluinya, ianya membolehkan anda mengubah pemasangan Joomla kepada sebuah web komuniti dengan mudah.

Selain daripada membangunkan JomSocial, Azrul Studio juga merupakan antara tulang belakang utama dalam membangunkan dan menghimpunkan bersama komuniti Joomla tempatan. Tidak lama lagi, mereka juga bakal menganjurkan Joomla Day Malaysia 2011 pada bulan Jun kelak.


ChurpChurp - Media Pengiklanan Twitter Dari NuffNang
Things@Kureno : Aplikasi Mini Menarik Untuk Anda
Plugin Menarik Untuk WordPress Bersempena Ramadhan
Skype Tidak Boleh Di Akses
Kini Anda Boleh Pelajari HTML Dan CSS Melalui Codecademy

5 Komen

  1. izuddin.helmi pada 09 May 2011

    JomSocial for the win! lol =P

  2. Firdaus pada 09 May 2011

    Yey!

  3. Ikram Hakimi pada 09 May 2011

    Tahniah!

  4. yusri pada 09 May 2011

    baru je tukar kat wordpress dari joomla…

  5. mosyar pada 10 May 2011

    terbaekkkkk… !


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader