Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Seperti sedia maklum, Google TV boleh diperkatakan tidak begitu berjaya, namun Google masih tidak meninggalkannya begitu sahaja. Kini ianya diperkatakan yang mana Google akan memperkenalkan platform televisyen-nya yang telah dikemaskini kepada umum pada Google I/O dalam masa beberapa hari lagi.
Ianya diura-urakan yang mana melalui kemaskini terbaru ini, ianya akan membawakan sokongan untuk aplikasi, dan bertambah menarik lagi, sokongan untuk Android Marketplace. Sama seperti perisian-perisian lain daripada Google, para pengguna sedia ada Google TV turut sama boleh mengemaskini kepada platform baru apabila ianya dilancarkan kelak.

Peranti pertama menggunakan Google TV yang dikemaskini ini dijangka akan menjelang tiba dalam masa beberapa bulan lagi, berkemungkinan besar, sekitar bulan November atau Disember. Namun begitu, ianya masih lagi tidak diketahui berkenaan ketibaannya di Malaysia.
4 Komen
Tinggalkan Komen Anda
[OT]
YouTube player ade buat perubahan ye?
Boleh adjust2 speed pulak…
Petang tadi mcm takde pun..
Antara Google TV dan YouTube sama tapi tak serupa
@Amanz
- Kabel optic kat Malaysia didalam fasa pembangunan jadi kalau ok nanti boleh la kita enjoy! tapi aku masih memilih torrent.
eh eh maaf, [OT] = [OffTopic]
-hehe
lepas ni bayar line internet yg mahal2 jeler, astro pun bleh batalkan…hehe