Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Google hari ini telah pun melancarkan perkhidmatan penyewaan filem atas talian yang serba baru melalui Android Market, dimana melaluinya ianya membolehkan para pengguna mengakses Android Market, dan seterusnya menyewa sebarang filem pada kadar serendah $1.99 dan seterusnya menontonnya melalui tablet mahupun peranti Android mereka yang lain.


Walaupun ianya direkabentuk untuk ditonton secara atas talian, para pengguna juga boleh menontonnya secara luar-talian, namun seperti biasa, mereka perlu menunggu filem tersebut dimuat-turun ke peranti mereka terlebih dahulu.

Menurut Google, sebaik sahaja dibeli, sewaan tersebut akan sah selama 30 hari sebelum luput, dan sekiranya anda telah dimainkan, para pengguna mempunyai tempoh masa sehingga 24 jam untuk menontonnya sehingga tamat.
Perkhidmatan penyewaan filem ini boleh digunakan oleh para pengguna Android 3.0 Honeycomb yang dikemaskini kepada Android 3.1 bermula hari ini, manakala para pengguna peranti Android 2.2 akan boleh menggunakannya dalam masa beberapa minggu lagi.
4 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Macam tak praktikal sangat untuk kegunaan kita di Malaysia yang bab nak download saja rasanya dah makan masa yang lama.
praktikal aper….klu pki internet speed bwh 1Mbps mmg la x praktikal, tp rasanya dah ramai yg guna HSBB….
ce citer sket berapa ramai yg dah guna HSBB? Puchong pon ada coverage HSBB.
macam tak berapa layan kalau tengok kat phone. kalau layan kat tablet pon tak puas.