12May

Kini Pengguna Boleh Tag Pages Pada Gambar Facebook

Web 2.0

Jikalau sebelum ini Facebook hanya membolehkan anda tag rakan-rakan anda sahaja pada gambar-gambar dan imej di Facebook Photos, kini nampaknya fungsi tersebut dibawa setahap kehadapan lagi, dimana kini Facebook turut sama membolehkan para pengguna untuk tag Pages pada gambar-gambar mereka.

Bertambah menarik lagi, sesiapa sahaja boleh tag Page dengan mudah, dan tidak semestinya pengguna tersebut perlu Like Page tersebut sebelumnya. Gambar-gambar yang ditag juga akan disimpan pada bahagian Photos pada halaman Facebook Page terbabit, dan tidak akan diperlihatkan pada bahagian Wall seperti pada profail pengguna.

Buat masa ini, hanya Pages pada kategori produk dan jenama sahaja yang disokong, dan ianya akan diperkenalkan kepada kategori-kategori lain dari semasa ke semasa. Kaedah tag juga adalah sama seperti biasa.


HTC Memperkenalkan Fungsi HTCSense.com
Plugin bbPress 2.0 Versi Beta Pertama Sedia Diuji
TeratoTech Memperluaskan Syarikat Ke Amerika
Dell Malaysia Bakal Menjenamakan Semula Halaman Facebook Mereka
Kini, Pengguna Boleh Memuat-Naik Gambar Ke StyleKandi Melalui Twitter

4 Komen

  1. Orang Akaun pada 12 May 2011

    privacy makin tak rupa privacy laa..

  2. ekspresiruang pada 12 May 2011

    nanti spam byk lak kalau buat camni. huhu

  3. Taufik Mansor pada 12 May 2011

    satu perkembangan yg menarik :D

  4. Wan pada 13 May 2011

    tak perlu like pun dah boleh tag.huhu


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader