03May

Koperasi Sumber Terbuka Malaysia Ditubuhkan

Sumber Terbuka

Nampaknya pembangunan dan perkembangan sumber terbuka di Malaysia akan terus meriah sepanjang tahun ini dan yang akan datang, dimana terkini, sebuah koperasi khas ditubuhkan, dikenali sebagai Koperasi Sumber Terbuka Malaysia Berhad (KOSTEM).

Secara ringkasnya, melalui KOSTEM, ianya merupakan salah satu inisiatif baru dalam komuniti sumber terbuka di Malaysia, yang mana bertujuan untuk membantu menjana ekonomi para penggiat, pengguna dan juga peminat sumber terbuka tempatan. Menariknya adalah ianya akan mengguna pakai model koperasi dalam memperkembangkan penyampaiannya.

Buat masa ini, Ahli Lembaga Koperasi Ahli Jawatankuasa Penaja (AJP) untuk KOSTEM telah pun dilantik sewaktu Bengkel Antara Distro #2 yang diadakan di HackerSpaceKL pada 26 Mac yang lepas. Mereka yang dipilih juga merupakan peminat dan penggiat tempatan, sekaligus memperlihatkan masa depan yang lebih cerah untuk komuniti sumber terbuka tempatan.

Sekiranya anda merupakan peminat, pengguna mahupun penggiat sumber terbuka tempatan, anda boleh menyertai KOSTEM dengan hanya mengisi sebuah borang khas secara atas talian, selain mana boleh turut serta dalam perbincangan berkaitan KOSTEM. Halaman rasmi KOSTEM di domain KOSTEM.my bakal diperkenalkan tidak lama lagi.


SimpleLinux Penyelamat Pada 15 Januari
Ebay Mengambil-Alih Magento
Joomla 1.7 Dilancarkan Secara Rasmi Dan Sedia Untuk Digunakan
Mozilla Thunderbird 6 Beta Kini Dilepaskan
Sertai Kami Di FUDCon KL 2012 Pada Penghujung Minggu Ini - 18 Hingga 20 Mei

6 Komen

  1. MakLaN pada 03 May 2011

    Sebenarnya, Anggota Lembaga Koperasi masih belum dilantik, yang ada merupakan Ahli Jawatankuasa Penaja (AJP) yang bertanggungjawab dalam urusan pendaftaran (mencari bakal anggota, perancangan perniagaan, Mesyuarat Agung Pertama, dll.) serta pelantikan ALK. kami juga sedang mencari mereka (minima 50 orang) yang bermastautin di Selangor/Kuala Lumpur kerana kawasan operasi koperasi akan dijalankan di negeri/wilayah tersebut (bergantung pada mana-mana kawasan yang ramai bakal anggotanya). Namun, bagi mereka yang tinggal di negeri lain tidak menjadi masalah untuk menjadi anggota KOSTEM kerana akan ada perwakilan di setiap negeri.

    Apapun, terima kasih Amanz sudi menyiarkan artikel berkenaan KOSTEM. :)

  2. delang pada 03 May 2011

    menarik!!!!


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader