Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Sejak Android diperkenalkan lebih kurang 2.5 tahun yang lepas, ianya telah bergerak jauh, dimana hari ini Google telah memperlihatkan beberapa statistik menarik berkaitan dengan Android, dan salah satunya adalah dimana kini lebih 400,000 peranti Android diaktifkan setiap hari, dan ianya sudah pun melangkaui angka 100 juta peranti Android yang diaktifkan sehingga kini.

Selain daripada itu, Google juga turut sama memperkatakan yang mana bilangan keseluruhan aplikasi pada Android Market kini telah mencapai lebih daripada 200,000, dimana ianya telah mengumpulkan lebih daripada 4.5 billion pemasangan diseluruh dunia.
Pada masa yang sama, Google turut menekankan mengenai pilihan, dimana kini terdapat lebih daripada 310 peranti berbeza yang menggunakan Android sebagai platform utamanya, dan ianya boleh didapati di lebih daripada 110 negara seluruh dunia.



9 Komen
Trackbacks/Pingbacks
Tinggalkan Komen Anda
Caya la Android!!! Teruskan usaha anda. Huhuhu, bila
Baru timbul minat nak tahu pasal android sejak mula guna satu smartphone yang guna android ni.
salah sorang nya aku ,,, hahaha.. dulu pakai symbian,, tapi tak byk evolusi yg best terpaksa beerhijrah ke android…. skrg pakai galaxy 5 dah update ke froyo..huhu
Official Froyo ke? compass xfunction betul kan.
anyyzen, ko guna MaDTeam punya custom Rom ke? data2sd siot!
aku guna official froyo firmware i5503DXJP6 dari samsung.. update dari kies..
try madteam rom. cun ag kut. cyanogen mod 2.3 Gingerbread pun bakal kuar xlama lagi. skrg peringkat alpha. sebulan lagi full release la untuk Galaxy 5.
aku antara pengguna android yang berpuas hati.