18May

MacBook Air Baru Bakal Diperkenalkan Pada Bulan Jun Atau Julai?

Apple

Seperti mana yang diura-urakan sebelum ini, kini Digitimes melaporkan yang mana Apple bakal memberikan nafas baru kepada keluarga MacBook Air-nya sekitar bulan Jun atau Julai kelak. Seperti beberapa produk baru daripada Apple sebelum ini, MacBook Air yang baru ini dijangka turut sama akan membawakan sokongan Tunderbolt, dan cip pemprosesan Intel Sandy Bridge.

MacBook Air baru ini juga akan didatangkan dalam dua model berbeza, iaitu bersaiz 11.6″ dan juga 13.3″. Sekiranya Apple melancarkan Mac OS X Lion pada WWDC yang akan datang ini kelak, berkemungkinan kita akan dapat melihat MacBook Air ini turut sama didatangkan dengan sistem operasi generasi baru itu kelak.

Buat masa ini, tarikh pelancaran pastinya masih tidak diketahui, dan diperkatakan adalah sekitar bulan Jun atau Julai kelak.


iPhone 4 Daripada Maxis Pada Suku Tahun Ke-4
iPhone 4 Versi Kedua Bakal Di Perkenalkan
Kompilasi Ura-Ura Berkaitan iPhone 5 Diperlihatkan Dalam Bentuk Video
Apple Sedang Membangunkan Teknologi Baru Untuk Strim Video Ke Televisyen
Ikon iPhone Pada Photo Stream Memberikan Idea Awal Rekabentuk iPhone 5

2 Komen

  1. paeh pada 18 May 2011

    13.3…? lebih kurang dengan MBP spec paling bawah la kan…. fuhhh… style2

  2. WANZS pada 19 May 2011

    Amanzs, nak tanya ada rumors tak mac mini nak kuar. Sebab ada perancangan nak pakai mac mini ( Sebab dia paling murah, dan nak rasa gak macamana hebatnya mac osx).


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader