16May

Malaysia Ditangga Ke-105 Dari Segi Infrastruktur Internet Pada Tahun 2010

Lain-lain, Telekomunikasi

Melalui laporan yang dikeluarkan oleh Akamai baru-baru ini, ianya memperlihatkan yang mana sepanjang tahun lepas, Malaysia telah menduduki tangga ke-105 di dunia daripada terma kelajuan internet global, dimana di Malaysia ianya dilaporkan yang mana para pengguna mendapat kelajuan purata sekitar 1.3Mbps.


Laporan Dari Akamai [via]

Walaubagaimanapun, angka ini dijangka akan berubah pada tahun ini, dengan lebih banyak syarikat telekomunikasi menyediakan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi, namun begitu, tidak ketinggalan juga syarikat-syarikat global yang turut sama mempertingkatkan kelajuan internet mereka.

Selain daripada itu, melalui laporan yang dikeluarkan oleh Akamai, ianya memperlihatkan Korea Selatan kekal ditangga pertama dengan kelajuan sekitar 13.7Mbps, Hong Kong ditangga kedua dengan kelajuan sekitar 9.4Mbps. Dua negara jiran Malaysia turut sama dilihat menyediakan internet berkelajuan tinggi, iaitu Singapura ditangga ke 45 dengan kelajuan sekitar 3.1Mbps, dan juga Thailand ditangga ke-56 dengan kelajuan sekitar 2.7Mbps.


MYNIC Di Jenamakan Semula Sebagai Domain Registry
Sertai BarCampKL Hujung Minggu Ini
Cara Mengesan Pengguna Invisible Pada YM
Maxis Mula Menawarkan Perkhidmatan Jalur-Lebar Berkelajuan Tinggi Untuk Pengguna Perniagaan
Pengumuman - Profil Amanz Network Dikemaskini (V3)

17 Komen

  1. joegrimjow pada 16 May 2011

    thailand lg laju? haha, tipu2. lagi lembap dari Malaysia!!!

    • faiz pada 16 May 2011

      haha..joe dah merasai internet di thailand..bayar pun mahal katanya kan? huhu..

  2. Roslan Nazri pada 16 May 2011

    ape?? thailand lagi bagus dari malaysia? walaupun negara tak berapa nak aman? haha..amanfirdaus punye pasal la ni malaysia tak maju2 kih3.. =P

  3. SJ pada 16 May 2011

    south korea average speed 13 mbps tu. bla m’sia nk dpat speed cam tu?

    • Pisyek pada 23 May 2011

      rasa macam nak ke korea je. hehe.. xD

  4. ekspresiruang pada 16 May 2011

    buat malu dgn siam je. isk isk

  5. muhammad fakhruddin pada 16 May 2011

    DS Najib Razak dan DS Rais Yatim baca tak blog Aman ni?

    • Azree Hanifiah pada 16 May 2011

      Jika mereka baca pun, mereka akan kata kita lebih baik lagi dari China dan India.

      • faeez faster pada 17 May 2011

        HAHA….suke statment kau azree! selalu banding kan dengan negara mundur…bkn negara maju..haish…(isu harga myk pun mcm tu…sigh~)

        • Aqx pada 17 May 2011

          HAHA tahu tak apa. Berfikiran mundur dan tak ada daya saing.

    • uqbah pada 17 May 2011

      hahaha.. klo ade butang like mmg da lame aku like statement ko nih.. hahahahaha

  6. computer guy pada 17 May 2011

    everyone should subscribe Unifi i guest? the 20MB package one…

  7. Syafiq Zainal pada 17 May 2011

    Selalu juga baca rungutan pelancong yg dtg ke Malaysia. Diorg merungut internet kat Malaysia ni slow. Buat malu jerk. urmm

  8. Aqx pada 17 May 2011

    Tak dinafikan Malaysia punya internet LEMBAB dan MAHAL! Kedekut quota! Apa yang kerajaan buat? Setakat bagi email 1Malaysia. Aku tak hinggin la!

  9. Eichikatsu pada 17 May 2011

    Dorg pentingkan $$$ je…

  10. hazari pada 17 May 2011

    betul ka 105 ? macam lebih tinggi je, hehh,

  11. TeratoMan pada 17 May 2011

    Inilah namanya rasionalisasi kelajuan internet.

    Kalau dilajukan sangat nanti semua org lagi cepat kena diabetes.

    Maka kena slow2 pergi.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader