27May

Maxis Memperkenalkan Pakej Data Baru – Ultimate

Telekomunikasi

Selain daripada pelan Ultimate Solid, Maxis juga turut sama telah memperkenalkan dua lagi pelan yang baru, masing-masing dipanggil Ultimate Plus dan juga Ultimate Pro. Menariknya mengenai pakej ini adalah dimana ianya memberikan akses tanpa had kepada beberapa web, termasuk Facebook dan YouTube.

Untuk pakej Ultimate Solid, seperti sedia maklum, ianya menawarkan penggunaan data sehingga 16GB, pada harga RM248 sebulan. Ultimate Pro pula menawarkan penggunaan data sehingga 12GB sebulan pada harga RM188, dan Ultimate Plus pula menawarkan penggunaan data sehingga 8GB pada harga RM128 sebulan.

Memandangkan ianya lebih ditujukan untuk pengguna yang menumpukan kepada penggunaan data, ianya lebih sesuai untuk pengguna tablet dan juga jalur-lebar mudah-alih daripada Maxis.

Pada masa yang sama, Maxis juga turut sama menawarkan tablet HTC Flyer dan Motorola Xoom, serta netbook HP ProBook bersama-sama dengan pakej Maxis Ultimate ini.


P1 : Tiada Perancangan Untuk IPTV
Apple iPhone 4 Untuk Pengguna Umum Celcom Dalam Tempoh Sebulan
Motorola Xoom Bakal Dilancarkan Minggu Ini - Berharga RM2599
DiGi Melancarkan Perkhidmatan Rangkaian 3G Di Labuan
Aplikasi Maxis Loker Untuk BlackBerry Sedia Untuk Digunakan

5 Komen

  1. Roslan Nazri pada 27 May 2011

    alangkah indahnya maxis perkenalkan balik rm99 unlimited data tu

  2. sniper pada 27 May 2011

    ni bila start ni…cam menarik jer..

  3. khydir pada 27 May 2011

    hmmm …

  4. Hafiz pada 27 May 2011

    RM148 dengan 12GB je, mahal gak tu.

  5. lagenda pada 31 May 2011

    mr amanz,
    infomasi tak lengkap.
    ada banyak term & conditional apply.
    kena bayar itu dan ini terlebih dahulu lepas itu kena ikat 24 bulan kontrak.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader