31May

Maxis Mempunyai Lebih 14.1 Juta Langganan Sehingga Suku-Tahun Pertama 2011

Telekomunikasi

Maxis hari ini telah mengeluarkan beberapa data termasuk keuntungan mereka untuk suku-tahun pertama, dimana melaluinya Maxis memperlihatkan yang mana buat masa ini, Maxis mempunyai lebih 3.3 juta pelanggan yang melanggan pasca-bayar dan jalur-lebar mudah-alih daripada mereka, serta pelanggan pra-bayar seramai lebih 10.8 juta langganan.

Dengan itu, ianya sekaligus menjadikan Maxis terus mendahului pasaran telekomunikasi negara dengan mempunyai lebih 14.1 juta langganan pada suku tahun pertama tahun ini.

Pada masa yang sama, Maxis juga mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM741 juta bagi tarikh berakhir 31 Mac 2011. Pendapatan kasar Maxis sepanjang tempoh masa itu pula adalah sebanyak RM2.133 billion, memperlihatkan penurunan berbanding RM2.152 billion yang dicatatkan sebelum ini.

Sepanjang tempoh itu juga Maxis telah memperkenalkan pelbagai peranti baru di pasaran tempatan, selain membawa masuk beberapa tablet dan peranti pintar yang serba baru, lebih pantas daripada negara-negara maju yang lain. Selain daripada itu, Maxis turut melancarkan perkhidmatan internet jalur-lebar mereka tersendiri, Maxis Home pada awal tahun ini.

Mungkin kita akan dapat melihat perkembangan sihat, dan juga persaingan sihat diantara penyedia-penyedia telekomunikasi yang lain sepanjang tahun ini.


Celcom Promosi Perkhidmatan Pelanggan Dalam Talian
P1 dan Intel Memperkenalkan 6 Laptop WiMAX
Akta Liabiliti ISP Akan Di Bentangkan
Astro Byond IPTV Dilancarkan Secara Rasminya
P1 Memperkenalkan Pakej Wiggy 39 Dengan Kuota Bulanan 2GB

1 Komen

  1. Cikgu Hairul pada 01 Jun 2011

    Persaingan sihat antara penyedia perkhidmatan akan menguntungkan kita.


Tinggalkan Komen Anda





Amanz Media Social Reader