Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Nampaknya, bersama-sama dengan pelancaran Windows Phone Mango kelak, Microsoft turut sama akan membawakan beberapa perkara baru, termasuk Marketplace yang berasaskan web sepertimana terdapat untuk versi BlackBerry, iOS dan juga Android.

Menariknya adalah dimana para pengguna turut sama boleh memilih dan melihat aplikasi pilihan terlebih dahulu menggunakan pelayar web desktop mereka, serta memasangnya terus pada telefon mereka melalui Marketplace berasaskan web itu. Para pengguna juga boleh berkongsikan aplikasi bersama rakan-rakan yang lain dan beberapa perkara lain lagi.
Nampaknya, Windows Phone semakin lama semakin berkembang dengan maju setapak demi setapak kehadapan. Sama-sama kita nantikan kemaskini Mango dalam masa beberapa bulan lagi kelak.
1 Komen
Tinggalkan Komen Anda
mereka cuba masuk ke arena persaingan, yg menarik akan terus dpt sambutan, yg tidak pandai2 ler bwk diri yer…