24May

Microsoft Mungkin Memperlihatkan Demo Windows 8 Minggu Hadapan?

Microsoft

Dengan pelbagai paparan skrin dan video-video yang memperlihatkan fungsi-fungsi pada Windows 8, kini ianya dijangka yang mana Microsoft sendiri bakal buat pertama kalinya memperlihatkan sebuah demo ringkas Windows 8 kepada umum pada minggu depan pada persidangan D:All Things Digital.

Buat masa ini, ianya masih lagi belum disahkan sepenuhnya, namun begitu, Microsoft pernah memperlihatkan beberapa perkara menarik melalui persidangan tersebut, seperti produk Microsoft Surface mereka dan sebagainya sebelum ini.

Windows 8 merupakan nama kod yang diberikan buat masa ini, dan diperkatakan telah pun memasuki fasa pembangunan Milestone 3, iaitu fasa pembangunan terakhir sebelum ianya memasuk fasa Beta. Windows 8 Beta juga dijangka akan dilancarkan dalam masa beberapa bulan lagi, memberikan para pengguna menggunakannya terlebih dahulu sebelum versi akhirnya dilancarkan tidak lama lagi.


Muat-Turun Windows 7 Secara Halal
Office Web Apps Kini Menyokong Pengguna Malaysia
Windows 8 Untuk Tablet Bakal Diperlihatkan Minggu Hadapan?
SkyDrive (dan MyEmail.my) Bakal Menyokong Storan Gambar Dan Dokumen Tanpa Had
Pengumuman Utama Pada BUILD Akan Disiarkan Secara Langsung Melalui Web

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader