10May

Microsoft Skype Kelak Akan Menyokong Xbox, Kinect, Windows Phone Dan Lain-Lain

Microsoft

Seperti yang dinantikan, Microsoft telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan pengambil-alihan Skype oleh mereka. Microsoft mengatakan yang mana mereka telah pun membeli syarikat komunikasi internet terkemuka, Skype pada harga $8.5 billion secara tunai, dan telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Dengan pembelian Skype, ianya kelak akan diintegrasikan pada produk-produk milik Microsofft, sekaligus membawakan akses kepada komunikasi video dan suara masa-nyata yang menguntungkan pelbagai pihak. Microsoft mengatakan yang mana selepas ini Skype akan menyokong pelbagai peranti daripada Microsoft, termasuk Xbox, Kinect, Windows Phone, dan banyak lagi.

Sokongan Skype untuk para pelanggan yang bukan menggunakan produk bukan Microsoft turut sama akan disambung seperti biasa.

Skype sebelum ini telah dimulakan pada tahun 2003, dan dibeli oleh eBay pada September 2005. Walaubagaimanapun, ianya kemudian keluar daripada eBay pada November 2009, dan kini ianya telah menjadi milik penuh Microsoft.


Microsoft Menawarkan $20 Billion Kepada Yahoo?
XP Mode Dan Virtual PC Beta Sedia Di Muat Turun
Silverlight 5 Membawakan Lebih 40 Fungsi Baru
Windows 8 Membolehkan Pengubahan Pada Skrin Kunci
Adakah Windows 8 Akan Membawakan Perubahan Pada Taskbar?

2 Komen

  1. syah pada 11 May 2011

    damn!! camne ngan linux user yang pakai mende alah skype nih?? adui~

  2. budak lagi pada 11 May 2011

    lepas n tiada kemaskini dah dalam linux selepas microsoft ambil alih..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader