Cari @ Amanz

Seperti sedia maklum, Maxis telah pun mulakan jualan Motorola Xoom sejak awal pagi tadi. Namun begitu, ianya kelihatan yang mana Maxis mungkin akan menerima persaingan yang hebat, memandangkan dimana beberapa pengedar, dan penjual yang lain menjualnnya pada harga yang lebih rendah lagi, iaitu pada harga cuma RM2099.

Motorola Xoom ditawarkan pada harga RM2499, namun, sekiranya anda mendaftar untuk pakej data Maxis ketika membelinya, anda boleh mendapatkan Motorola Defy secara percuma. Namun begitu, harga bagi Motorola Xoom sahaja – tanpa sebarang kontrak bersama Maxis, bernilai RM2499 dilihat sedikit berharga berbanding beberapa peranti lain.

Ianya turut diperkatakan yang mana Courts turut sama menawarkan Motorola Xoom pada harga cuma RM2099, sama seperti beberapa penjual yang lain. Nampaknya, mungkin Maxis perlu memperkenalkan harga yang baru tidak lama lagi, ataupun menghadapi persaingan yang sengit daripada penjual-penjual lain, yang mana turut sama menjual peranti serupa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd