16May

Nokia Maps Akan Diintegrasikan Pada Bing Maps?

Microsoft, Perisian

Nampaknya mungkin kerjasama Microsoft dan Nokia bukan sahaja pada platform peranti mudah-alih sahaja, dan lebih daripada itu, apabila kini ianya dilaporkan yang mana berkemungkinan besar Ovi Maps milik Nokia akan menjadi salah satu tulang belakang utama untuk Bing Maps daripada Microsoft tidak lama lagi.

Seperti sedia maklum, Ovi Maps merupakan salah satu aplikasi peta dan navigasi yang amat bagus sekali berbanding dengan pencabar-pencabarnya yang lain, dan sebelum ini, ianya diperkatakan yang mana Windows Phone daripada Nokia kelak akan turut sama mengintegrasikan Ovi Maps padanya.

Setahap lebih kehadapan lagi, Ovi Maps ataupun Nokia Maps ini dijangka akan menjadi sebahagian daripada teras utama dalam perkhidmatan peta dan navigasi daripada Microsoft. Ianya diperkatakan yang mana kelak Nokia Maps ini akan diintegrasikan pada beberapa perkhidmatan Microsoft, termasuk enjin carian Bing, serta menyediakan beberapa perkhidmatan nilai tambah, termasuk perkhidmatan geolokasi, dan sebagainya.

Dan sekiranya ianya terjadi, berkemungkinan besar laman rangkaian sosial terkemuka dunia, Facebook juga akan mula menggunakan sebahagian daripada teknologi Nokia dalam perkhidmatan Facebook Places dan lain-lain memandangkan kini mereka menggunakan Bing Maps padanya. Selain daripada itu, RIM juga akan menerima kesannya, dan perkhidmatan peta yang lebih bagus mungkin akan diperkenalkan pada BlackBerry.


Firefox.Next Membawakan Panel Pengurusan Add-On
Windows 8 Bakal Di Lepaskan Pada 2012
Hotmail Mula Menyokong Emel Pihak Ketiga
Peminat Nokia Di Singapura Telah Beratur Awal Untuk Nokia Lumia
Nokia Bakal Memperkenalkan Peranti Lumia Mampu Milik Pada MWC

4 Komen

  1. Kikoz pada 16 May 2011

    hope, windows phone akan berkembang utk bersaing dengan android dan iOS. mana tau app windows utk pc nnti akan ade utk versi phone.. nokia adalah phone yg memiliki spec trbaik, murah..cuma OS yg mereka guna saja menjadikan nokia lemah secara majoriti..

  2. ekspresiruang pada 16 May 2011

    perkongsian teknologi antara dua gergasi ni memang diperlukan. skg nk bergerak sorang2 mmg susah dgn byk pesaing lain yg dah bergabung untuk lebih maju ke dpn. smoga smo ni akan lebih mengutungkan pengguna di masa dpn :)

  3. faeez faster pada 16 May 2011

    wah, idup lagi nokia ea? ingatkan da nak trkubur dengan OS symbian dier tu! elok sangat la tu bergabung, lepastu kuarkan handphone cepat-cepat. rasanya bergabung da lama da, tp smpai sekarang xde kuar model handphone lagi…sigh~

  4. Roslan Nazri pada 16 May 2011

    ovibing maps nama baru dia lol!


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader